Bukan senang hendak menikmati minuman teh tarik yang begitu sedap memikat. Kebiasaannya, peniaga di kedai sahaja yang mahir membuat minuman ini kerana mempunyai resepi teh tarik yang istimewa tersendiri yang membuatkan ia jadi begitu umami.
Namun, kini anda sendiri pun boleh membuat teh tarik di rumah dan sama sedapnya seperti di luar dengan menggunakan tips ‘masak’ air teh betul-betul kaw yang dikongsikan oleh Puan Rozana Mamat di bawah. Hanya guna lima bahan sahaja dan caranya pun mudah. Jom cuba!
Baca juga: Nasi Kerap Sangat Basi? Rupanya Kena Guna Petua Ini Untuk Cuci ‘Rice Cooker’ Dengan Betul!
RESEPI TEH TARIK BETUL-BETUL KAW!
Hari ini mak jemah bukan nak kongsi masak makanan, tapi masak air teh tarik kaw-kaw. Rasa macam yang orang buat jual tepi jalan tu. Lupa dah ambil resepi dekat mana, cuma guna lima bahan saja yang dah sedia ada dekat rumah korang. Let’s check it out!
CARA ‘MASAK’ TEH TARIK KAW-KAW SEDAP
Bahan-bahan:
- Air 500ml
- Teh empat atau lima uncang (lagi banyak lagi kaw)
- Susu pekat (ikut tekak masing-masing nak manis mana)
- Susu cair setengah tin (nak lagi lemak, bubuh saja lebih)
- 1sk esen vanila
Cara penyediaannya:
- Didihkan teh uncang.
- Selepas itu, letak susu pekat, susu cair dan esen vanila.
- Biarkan mendidih seketika.
Siap! Kalau nak minum ais, tunggu sejuk dulu then tambah saja ais ketul.
Baca juga: Wah! Tak Sangka Pekatkan Kuah Makanan Hanya Guna Beras, Terus Wow Rasa Masakan
Sumber: Facebook Rozana Mamat