Dapur

Nasi Kerap Sangat Basi? Rupanya Kena Guna Petua Ini Untuk Cuci ‘Rice Cooker’ Dengan Betul!

50
SHARES
cara lambat nasi basi

Nasi bila dah basi mesti akan rasa ralat. Kadang puncanya terletak pada periuk nasi tersebut yang tak basuh bersih atau pun kerap kali dibiarkan nasi basi berlama di dalamnya. Justeru itu, anda kena tahu cara lambat nasi basi.

Penulis bawakan cara bagaimana untuk memastikan nasi tidak menjadi basi lagi dengan petua mencuci periuk nasi sebetulnya. Ini merupakan perkongsian petua dari Puan Ida Shahida.

Baca juga: Rupanya 7 Stok Bahan Masakan Dari Thailand Ini Buat Rasa Makanan Lebih ‘Kick’!

PERIUK MEMANG AKAN HADAPI MASALAH NASI CEPAT BASI SEKIRANYA…

cara lambat nasi basi

Gambar hiasan: Google.

Periuk nasi-nasi suka jadi basi? Dah kerap nasi jadi basi? Sebab nasi dah pernah jadi basi berkali-kali jadi periuk nasi dah penuh bakteria.

Kalau nasi dah pernah jadi basi 2-3 kali atau kerap dibiarkan nasi sampai basi dalam periuk memang akan hadapi masalah nasi cepat basi. Sepatutnya nasi akan boleh bertahan 24 jam atau lebih sikit jika dimasak.

CARA LAMBAT NASI BASI: PETUA BERSIHKAN RICE COOKER!

Jadi ada petua kalau nasi dah selalu sangat jadi basi atau cepat basi.

cara lambat nasi basi

  1. Cuci periuk dengan sabun bagi bersih.
  2. Lepas itu, masukkan garam kasar 3 genggam penuh campurkan asam gelugur atau asam keping dalam 10 keping.
  3. Tambah sedikit saja air supaya air garam dan asam dapat bersatu.
  4. Kisarkan periuk dengan tangan selama 3-4 minit.
  5. Kemudian, biarkan selama 15 minit.
  6. Ulangi 3-4 kali.
  7. Buat dekat tudung periuk sekali-sama.
  8. Setelah itu, cuci dengan sabun.
  9. Terakhir bilas dengan air bersih 2 -3 kali.
  10. Didihkan selama 15 minit dengan air bersih.

Pasti tak basi lagi sehinggalah anda membiarkan nasi dalam periuk jadi basi semula 2-3 kali. Masalah akan berulang.

IDEA SIMPAN NASI LEBIH ELAK DARI BASI

Kalau ada nasi lebih dicadangkan masuk dalam plastik dan ikat. Masukkan ke dalam peti ais bahagian buat ais tu. Bila nak makan nasi stimkan semula. Jimat banyak tau.

A. CARA STEAMED NASI SEJUK

cara lambat nasi basi

Gambar hiasan: Pinterest.

  1. Selain kukus anda juga boleh masukkan dalam periuk eletrik.
  2. Tambahkan sedikit air panas.
  3. Tekan cook’.

Buka dah panas. Nasi akan jadi cantik semula dan lembut dimakan.

B. CARA MICROWAVE NASI SEJUK

cara lambat nasi basi

Gambar hiasan: Pinterest.

Lagi satu caranya jika anda ada microwave:

  1. Masukkan ke dalam mangkuk tahan panas.
  2. Basahkan 2-3 helai tisu dan perah air perlahan lahan.
  3. Buka semuala tisu tadi dan letak/tudung keseluruhan bahagian atas nasi.
  4. Tekanlah cook selama 2-3 minit.

Nasi akan jadi lembut dan cantik seperti baru dimasak.

CARA PANASKAN:

Tambah air panas atau minum sikit tapi sebelum tu masa awal-awal nak buka tudung periuk tu.

Buka perlahan-lahan supaya wap ditudung periuk tu tidak menitis masuk semula ke dalam periuk setelah semalaman bertudung. Sebab wap ini lah yang akan membuatkan atau mempercepatkan nasi jadi basi.

ELAKKAN WAP YANG ADA DITUDUNG PERIUK TU JATUH SEMULA KE DALAM PERIUK.

Sumber: Facebook Ida Shahida

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×