Dapur

Rupanya 7 Stok Bahan Masakan Dari Thailand Ini Buat Rasa Makanan Lebih ‘Kick’!

35
SHARES

Selain kelazatan masakan Malaysia, masakan dari Thailand pun tidak kurang hebatnya, di mana ia turut sama dinikmati rakyat di negara ini. Memang kena dengan selera orang kita.

Mestinya anda ingin tahu, apakah stok bahan yang digunakan untuk menyedapkan lagi hidangan-hidangan tersebut. Justeru itu, jom lihat perkongsian dari Puan Trisya Aman yang menyatakan emaknya sudah lama menggunakan bahan-bahan ini di dalam masakan hingga membuatkan ayahnya tidak pernah makan di luar.

Baca juga: Resepi Warisan Pau Kampung Inti Keledek Oren, Kedut Lembut Itu Yang Sedap!

SEDAPNYA STOK BAHAN INI SAMPAI TAK MAKAN LUAR DAH

Gambar hiasan: AsianInspirations.com

Daripada aku kecil sampai besar, aku tak pernah nampak bapak aku makan kedai luar. Semuanya berpunca daripada mak aku! Ye daripada mak aku.

Dulu masa mak aku muda-muda dia ada kedai makan dekat Tanah Merah, Kelantan. Sampaikan Dato Vida pun suka tapau Kerabu Maggi dekat sini!

Rahsianya, mak aku banyak guna stok bahan masakan daripada Thailand. Kalau dulu balik kampung saja mesti kena borong banyak-banyak. Sekarang tak payah dah sebab dah ada dekat pasaran Malaysia.

Tak semua produk Thai Halal, kebanyakan Islam Thai guna produk yang aku share ni. Hati-hati ketika membeli.

Semua ni saya beli dekat link ni, sebab lebih murah daripada pasaran. Why not berjimatkan?

7 JENIS BAHAN MASAKAN THAILAND PERLU ADA

1. SOS LABU

Sos labu untuk buat daging masak merah atau paprik makin sedap. Inilah rahsia kedai Siam!

2. KICAP BUKIT

Kalau dah letak Kicap Bukit ini tak perlu letak seasoning dah. Rasa dia sama macam Maggi seasoning! Tukang masak siam cakap jangan beritahu sesiapa hahaha.

3. NISAN KABUNG THAI

Haaa ini aku suggest sangat korang masukkan Nisan Kabung Thai ini dekat dalam somtam dan kerabu maggi. Rasa lagi kick!

4. KERABU SUHON

Kerabu suhon memang mak pakai brand ini daripada dulu. Dia kata tak sama macam suun Malaysia, sebab brand yang ini tak melekat dan licin. Bila guna ini baru macam kerabu suhon ori Thai. Anak-anak aku pun suka.

5. PICKLED GARLIC

Dua kali repeat pickled garlic ini. Brand ini sedap. Rasa manis dan masam-masam sikit. Sedap dimakan dengan nasi kerabu sebagai penambah rasa dalam makanan.

6. KICAP IKAN

Nampaklah kicap ikan yang ini sedap! Yang jenis lain hanyir sikit, bau kuat sangat sampai loya tekak.

7. THAI CHILI PASTE

Thai Chili Paste ini paling sedap! Mak aku selalu buat tomyam atau perap daging pakai ni. Kalau tak percaya korang boleh tanya tukang masak siam.

Sumber: Facebook Trisya Aman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×