Sekiranya berada di kawasan perkampungan, pasti anda akan perasan pau yang dijual di sana rupanya berkedut-kedut lembut yang dilapikkan bersama daun pisang di bawahnya. Malah, ramai yang lebih menyukai pau kampung jika nak dibandingkan dengan pau moden yang gebu dan putih mulus itu.
Pau kampung juga sama mempunyai pelbagai inti dan antaranya ialah inti kelapa. Namun, resepi pau kampung kali ini berintikan keledek oren. Jom cuba buat!
Baca juga: Rupanya 5 Jenis Tepung Beras Ini Berbeza Fungsi, Rugi Kalau Salah Guna!
RESEPI TURUN-TEMURUN PAU KAMPUNG
Kedut-kedut itu biasa, tapi rasanya Ya Allah padu sungguh! Pau kampung je, resepi mak. Dah duduk jauh dari mak teringin nak makan terpaksa buat sendiri.
Cuba lah buat pau inti keledek, pasti ramai yang suka. Mana tahu terviral nanti huhu, resepi turun-temurun keluarga kami.
RESEPI PAU INTI KELEDEK OREN
A. RESEPI PAU
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg tepung gandum
- 1 pek mauripan
- 1 sudu besar baking powder
- 5 sudu besar gula
- 1/2 sudu besar garam
- 5 sudu besar minyak masak
CARA PENYEDIAANNYA:
1. Gaulkan semua bahan kering sampai sebati bersama minyak masak.
2. Kemudian tambah air mengikut kiraan anda. Pastikan tidak terlalu banyak dan jangan sampai terkurang juga.
3. Selepas itu, gaul dan uli bahan tadi sehingga menjadi doh yang lembut.
4. Perap selama 1 jam atau sampai doh kembang.
B. RESEPI INTI KELEDEK

Gambar hiasan: Ihsan Google.
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 kg keledek oren
- Gula pasir
CARA PENYEDIAANNYA:
1. Rebus keledek oren sehingga empuk dan kemudian toskan ia.
2. Taburkan gula di atas keledek tersebut dan lenyek-lenyekkan. Kuantiti gula ikut tahap kemanisan yang anda inginkan.
Resepi saya dah kongsi ya, selamat mencuba.
C. PENYEDIAAN PAU INTI KELEDEK OREN
1. Ambil doh yang telah kembang tadi dan ulikan ia bulat-bulat.
2. Kemudian, tekan doh tersebut untuk letak inti keledek. Bulatkan doh itu semula.
3. Terakhir, boleh lapikkan dengan daun pisang di bawahnya.
Anda boleh lihat resepi yang dikongsikan sendiri oleh Puan Nabilah di bawah ini.
Sumber: Facebook Ilah Nabilah Jaaffar via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)