Sebenarnya, terdapat empat jenis tepung beras yang berlambangkan gajah dan satu tepung beras cap teratai. Mungkin ramai yang menyangka, kelima-lima tepung beras ini mempunyai fungsi yang sama.
Namun, sebenarnya ia mempunyai fungsi yang berbeza. Jom ketahui apakah perbezaan fungsi dari lima jenis tepung beras ini dari perkongsian Puan Yatie.
Baca juga: Kentang Dah Bertunas Jangan Makan! Ada Kandungan Berbahaya & Ini Kesannya
TERDAPAT 4 TEPUNG BERAS CAP GAJAH & 1 CAP TERATAI
TEPUNG BERAS
Ada lima jenis tepung beras. Hahhh apa bezanya? Kita ni ingat asal tepung beras semuanya sama, kan?
Tiga jenis tepung beras yang ada gambar gajah, tapi sekarang yang gajah 5 tu susah nak cari dekat Malaysia. Tepung beras ni dibuat dari negara Thailand, pasal tu ada tulisan Thai dekat bawah setiap tepung tu.
Senang je nak paham sebab tak semua tepung ini ada jual dekat kedai, tapi kalau jual kena tengok betul-betul. Untuk play safe beli saja cap teratai, cuma nak buat certain kuih saja kena pilih tepung beras yang sesuai.
Okay kita share ini bezanya.
JENIS TEPUNG BERAS, PERBEZAAN CAP TERATAI & 4 CAP GAJAH
1. CAP TERATAI
Saya pakai ini saja untuk goreng-goreng bagi rangup. Buat Laksam, buat Tepung Pelita…hah senang! Selalu kedai jual yang ini banyakkan, sesuai untuk menggoreng juga macam ayam goreng berempah!
Tepung nii pun sesuai juga untuk buat rempeyek atau tumpi dan apam tapi kalau buat apam rasa tepungnya kurang sikit. Tapi boleh la, nak buat apam ambil yang 2 Gajah.
2. CAP 1 GAJAH
Sama fungsi macam Teratai. Kalau dekat kedai tak ada cap teratai atas 1 gajah ni hahh buleh la ambil. Tepung ni boleh goreng pisang atau keledek. Tepung ini bagi merangupkan.
3. CAP 2 GAJAH
Yang ini pulak elok buat kuih tradisional iaitu kuih koci, kuih apam, kuih lapis. Kuih jadi lembut dan likat.
4. CAP 3 GAJAH
Sama juga kalau 2 gajah tak ada dekat kedai nampak 3 gajah beli 3 gajah. Boleh juga buat kuih-kuih tradisional seperti kuih koci, lapis dan pelbagai jenis kuih.
Hasilnya kuih jadi lembut dan berkilat.
5. CAP 5 GAJAH
Sesuai untuk membuat laksa dan pelbagai jenis mee, sebab tepungnya agak lebih kental.
Tepung Pelita pakai tepung beras apa? Tepung Cap Teratai macam saya kata tadi play safe, sebab Tepung Teratai sangat mild, halus mulus.
Kau tengok resipi mana ada orang share tepung beras cap apa! Kesian orang yang tak tahu masak. Most resipi korang tulis letak tepung beras, tulis la detail (cap apa) ye dak?
Okay kita dah cakap bagi pihak.
Gambar Ihsan: Google @ Kilang Tepung.
Sumber: Facebook Yatie Kitchen