Dapur

Resepi Jem Tart Nenas Boleh Tahan Hingga Setahun!

2
SHARES

Kuih tart nenas merupakan salah satu kuih tradisi masyarakat Melayu yang menjadi kegilaan ramai. Initi jemnya yang mempunyai buah nenas menjadikan ia simbolik kepada kuih ini.

Sekiranya anda merupakan peminat tegar kuih ini dan ingin menikmatinya sepanjang tahun, anda tidak perlu lagi membelinya di pasaran. Hal ini kerana, resepi jem tart nenas kali ini mampu bertahan selama satu tahun seperti dikongsikan oleh Puan Nureen Jalaly.

Baca juga: Resepi Mi Goreng Basah Bungkus Surat Khabar Macam Nenek Buat, Gamit Nostalgia!

JEM TART NENAS BERTAHAN HINGGA SETAHUN

Di sini saya kongsikan cara-cara buat jem tart nenas. Hanya perlukan 1 jam 1/2 untuk membuat inti.

RESEPI JEM TART NENAS

BAHAN-BAHAN:

  • 10 biji nenas dibuang kulit dan matanya
  • Gula
  • Perwarna kuning 2 tutup kecil
  • Bunga cengkih 10 kuntum
  • Kulit kayu manis 2 batang
  • Esen vanilla 1tutup kecil
  • Limau nipis 1 biji

CARA PENYEDIAANNYA:

Gambar hiasan: ResepiCheNom.

1. 10 biji nenas diparut atau disagat. Jangan sampai nabu tengahnya, agak-agak sahaja. Bila dah disagat atau diparut kita guna jari. Kalau dah terasa nabu tengahnya boleh berhenti menyagat. Kalau tak nanti inti yang kita buat tak akan kering dan mengambil masa yang lama untuk memasak.

2. Setelah semua nenas habis disagat, kena tapiskan airnya sehingga kering dan ambil isi nenas tadi disukat pakai mangkuk. 1 mangkuk nenas 1/2 mangkuk gula pasir dan kalau dapat 2 mangkuk 1 mangkuk gula pasir, guna mangkuk yang sama.

3. Selepas itu, masukkan ke dalam kuali isi nenas tadi dan gula. Masukkan perwarna kuning, esen vanilla, bunga cengkih, kulit kayu manis dan bolehlah dibuka apinya. Kacau sehingga kering dan likat (guna api sederhana kecil).

4. Akhir sekali,  setelah tutup api perahkan asam limau nipis. Inti ini boleh tahan setahun masukkan di dalam peti ais.

Sumber: Facebook Nureen Jalaly via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×