Dapur

Resepi DIY Tepung Penaik, Hanya Guna 3 Bahan Mudah Yang Ada Di Dapur!

16
SHARES

Tengah ada mood nak buat kek, boleh pula tepung penaik tak ada di rumah. Tepung penaik atau dikenali sebagai ‘self raising flour’ merupakan bahan penting dalam penghasilan kek.

Justeru itu, usah risau sekiranya situasi ini terjadi kepada anda kerana Puan Fazira Fauzi telah pun berkongsi resepi DIY tepung penaik yang boleh dibuat sendiri di rumah.

Baca juga: Resepi Minuman Barli, Hilang Rasa Pedih & Tak Puas Kencing Bila Kena Kencing Kotor Ketika Hamil

BOLEH BUAT KEK DENGAN MENGGUNAKAN DIY TEPUNG PENAIK INI

RESEPI TEPUNG NAIK SENDIRI

BAHAN-BAHAN:

500gm tepung gandum

7 sudu teh baking powder

1 sudu teh garam

CARA PENYEDIAANNYA:

1. Campur semua bahan dan ayak sebanyak tiga kali.

2. Kemudian simpan di dalam bekas yang bersesuaian.

TIPS LAIN!

Menjengah di ruangan komen, terdapat pelbagai pertanyaan yang diajukan oleh warga netizen. Antaranya mengenai tempoh berapa lama ia boleh bertahan. Menurut, Puan Fazira ia tidak boleh dibiarkan terlalu lama sekadar cukup untuk buat kek 2 hingga 3 kali sahaja.

Selain itu, ketika mengukur bahan menggunakan sudu teh ianya tidak perlu membukit dan jenis tepung gandum pula boleh menggunakan dari ‘brand’ apa sahaja.

 

Sumber: Facebook Fazira Fauzi via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×