Dapur

Resepi Minuman Barli, Hilang Rasa Pedih & Tak Puas Kencing Bila Kena Kencing Kotor Ketika Hamil

69
SHARES
khasiat barli untuk kesihatan

Siapa sangka terdapat banyak khasiat barli untuk kesihatan seperti membantu melancarkan semula kencing wanita ini yang mengalami kencing kotor ketika hamil dengan mengamalkan minumannya. Menurut Puan Mastura Rashid, hilang terus rasa pedih dan tidak puas kencing.

Ia juga boleh dijadikan pengalas perut sewaktu ‘morning sickness’ yang teruk ekoran tidak lalu makan. Selain masalah kesihatan di atas, air barli juga sesuai diminum setiap hari oleh wanita yang mempunyai masalah keputihan yang berketul-ketul.

Mari lihat resepi minuman air barli di bawah!

Baca juga: Resepi Sihat Singgang & Telur Dadar, Immune & Brain Boosting Untuk Anak!

HILANG TERUS RASA PEDIH & TAK PUAS KENCING

khasiat barli untuk kesihatan

Waktu mengandung dulu, setiap kali kena kencing kotor, saya mesti akan minum air barli. Alhamdulillah berkesan sangat untuk lancarkan semula kencing. Hilang terus rasa pedih dan tak puas kencing.

Minuman barli ini juga jadi pengalas perut waktu morning sickness teruk hingga tak lalu makan dan minum.

Dan kalau demam pula, saya akan minum air barli yang diperah sedikit lemon. Kejap saja kebah. Badan pun sedikit bertenaga. Boleh bagi pada anak-anak kecil juga.

RESEPI & CARA PENYEDIAAN MINUMAN BARLI

Cara masak barli ni pun mudah. 

1. Rendam barli semalaman atau paling tidak pun, 2 jam bagi lembut.

2. Masak barli dengan air yang banyak macam masak bubur kosong. Boleh tambah daun pandan.

3. Masak barli hingga pecah. Api perlahan je tau. Selagi tak pecah, selagi tu dia masih kenyal dan tak sedap sangat dimakan.

4. Dah siap, tutup api. Boleh buat air macam saya buat dalam gambar. Tambah sedikit saja gula. Biji tu saya suka ratah.

5. Jika diminum untuk kesihatan, elakkan minum sedap. Maksudnya manis dengan gula.

KHASIAT BARLI UNTUK KESIHATAN

khasiat barli untuk kesihatan

Gambar hiasan: Google.

Sejak saya kecil lagi, mak akan masak barli sekurang-kurangnya seminggu sekali. Biasanya memang dibuat minuman. Biji barli dimakan seperti bubur.

Saya boleh ratah barli ini bercawan-cawan sampai tersandar kekenyangan. Kakak ipar yang berbangsa Korea pula suka tanak nasi dengan mencampurkan sedikit biji barli. Nasi yang ditanak begini ada sifat anti-kanser.

Caranya jika masak 3 pot beras, nisbahnya 2:1. Iaitu 2 pot beras, 1 pot barli. Rendam dulu barli ya bagi lembut. Dan adjust kuantiti barli ikut kesukaan. Tak perlu ikut nisbah betul-betul. 

Untuk wanita yang ada masalah keputihan berketul-ketul, amalkan minum air barli setiap hari okeh. Insya Allah, ini salah satu natural remedy terbaik selain dari makan yogurt dan citrus fruits. 

Itu saja sharing pagi ni. Semoga bermanfaat. 

Sumber: Facebook Mastura Rashid via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×