Asuh

Resepi Sihat Singgang & Telur Dadar, Immune & Brain Boosting Untuk Anak!

18
SHARES

Ibu bapa semestinya mahu memberikan makanan yang mempunyai banyak khasiat kepada anak-anak. Terdapat pelbagai menu masakan yang memberikan pelbagai nutrisi termasuklah lauk singgang.

Singgang merupakan hidangan yang sangat mudah untuk disediakan dan tidak mengambil masa yang lama. Ia kaya dengan bahan-bahan yang menyihatkan seperti resepi dari Puan Ainini Zainal di bawah. Selain itu, ia antara makanan berkuah yang  sesuai dihirup oleh anak ketika sakit, terutamanya.

Baca juga: Tips Buat Kerepek Pisang Dari Peniaga, Waktu Goreng Kena Buat 2 Perkara Ini!

LAUK PALING MUDAH & MENYIHATKAN

Antara lauk sihat Immune & Brain Boosting yang Mama boleh buat untuk anak-anak dinner hari ni ialah.. mari nak bagi resipi.

Singgang. Paling mudah. Paling sihat. Kaya immune boosting food di dalamnya.

Semua khasiat sangat best dalam Singgang. Bawang besar, bawang putih, halia, kunyit, lengkuas, asam keping, lada hitam. Semua ini immune booster yang amat super kesannya untuk sistem badan dan usus kita, termasuk usus anak-anak.

Untuk otak? Lagilah bagus. Beri Singgang 2x seminggu untuk anak hirup. Ia juga bagus untuk selesema, demam dan batuk.

RESIPI SINGGANG AININI ZAINAL

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji bawang besar, dihiris.
  • 1 labu bawang putih diketuk.
  • 2 inci kunyit hidup.
  • 1 inci halia.
  • 1 inci lengkuas.
  • 1 asam keping.
  • ¼ sudu teh Lada Hitam tumbuk.
  • Lobak Merah + bendi + tomato.
  • 1500ml air.
  • 1-2 ekor ikan.

CARA PENYEDIAANNYA:

1. Masak semua ini kecuali ikan, bendi dan tomato dengan api kecil.

2. Bila dah mendidih, masukkan ikan, benda dan tomato tadi.

3. Hidangkan dengan nasi dan Telur Dadar kalau rajin dan goreng dan bagi anak hirup kuah Singgang ni juga.

RESEPI IMMUNE BOOSTING TELUR DADAR AININI ZAINAL

BAHAN-BAHAN:

3 biji telur.

Daun Bawang.

Hirisan bawang besar.

½ inci kunyit cincang halus.

Sedikit White Pepper powder.

Sedikit Black Pepper powder.

Garam Himalaya.

Minyak.

CARA PENYEDIAANNYA:

1. Pukul telur, campur semua bahan kecuali minyak.

2. Panaskan minyak hingga betul-betul panas.

3. Goreng seperti biasa.

Semua ini boleh siap tak sampai ½ jam.

  1. Masak nasi dulu.
  2. Siapkan bahan Singgang, masak dan biar mendidih.
  3. Sementara tu, goreng telur.
  4. Singgang siap, Mama pegi mandi dulu.
  5. Nasi pun dah siap.

We love you, Mama. You have tried your best. You did great. Tell yourself, I have tried my best.

Kalau hari ni tak sempat masak pun, YOU ARE STILL IMPORTANT. THE MOST IMPORTATNT PERSON TO YOUR FAMILY.

Sumber: Facebook Ainini Zainal

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×