Cucur atau jemput-jemput merupakan hidangan santai yang sering disajikan tanpa kira waktu. Ia lebih sedap dinikmati ketika makanan tersebut masih lagi panas berwap dan garing.
Melalui perkongsian resepi oleh Puan Ainini Zainal, sekiranya anak gemar makan cucur, boleh saja ibu bapa sediakan dalam versi kaya khasiat yang boleh diletakkan dada ayam dan sayur bersama campuran tepung tanpa gluten.
Baca juga: Tips Goreng Telur Mata Kerbau Tak Pecah, ‘Confirm’ Jadi & Puas Hati!
CUCUR KAYA NUTRISI UNTUK ANAK
MAMA MAMA BOLEH BUAT CUCUR UNTUK ANAK MACAM NI, KAYA NUTRISI.
Jangan risau kalau anak selalu nak makan cucur atau jemput-jemput. Kita boleh saja nak sediakan versi kaya khasiat. Kita yang buat dia, kan?
Arwah ibu dan ayah saya cukup banyak beri inspirasi untuk saya sediakan cucur dan lempeng kaya khasiat dalam satu hidangan.
VERSI BERKHASIAT CUCUR AYAH & LEMPENG ARWAH MAK
Ayah dulu pernah buat cucur dan letak daun sup, daun bawang, bawang, daging rebus dan telur dalam satu adunan. Pelik sangat nampak masa tu. Tapi sedap rupanya.
Arwah mak kalau buat lempeng akan letak kobis, hirisan ayam, daun bawang dalam tu, carrot pun ada. Jadi saya terbiasa buat macam tu untuk anak.
BUAT CUCUR ATAU LEMPENG YANG BEBAS GANDUM UNTUK ANAK
Risau anak kerap makan gandum, kita buat cucur atau lempeng bebas gandum. Banyak resipi GlutenFree Flour Blend ada di internet. We just need to search for the info.
Saya juga suka guna GlutenFree Flour jenis Cassava atau Ferubi. Ia sejenis Fermented Tapioca Flour, texture menyamai kehalusan tepung gandum (tapi dalam certain recipe, masih perlukan binder, ya.)
Ferubi tak sama dengan Tepung Ubi Kayu biasa, ya. Cucur tepung Ferubi ini bagi saya best. Perfect nutrition terus. Since saya nak cepat, saya adun pun guna TM6.
5 saat kisar semua carrot, bawang, daun sup, termasuklah ayam. Saya dapat tekstur kasar bahan cucur. Tambah tepung, garam Himalaya, baking soda dan air, just kisar 10 saat 3x. Settle kerja saya, terus goreng.
RESEPI CUCUR PADAT NUTRISI AININI ZAINAL
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji carrot.
- 1 biji bawang besar.
- 1 pokok kecil daun sup.
- 1 biji cili besar merah.
- 400g isi dada ayam.
- 250g tepung Ferubi.
- 1 sudu besar garam Himalaya.
- ½ sudu besar baking soda.
- 300g air.
CARA PENYEDIAAN RESEPI:
1. Kisar ayam, carrot, bawang, daun sup, cili. 5 saat speed 5.5 (TM6).
2. Ulang dua kali jika nak hancur halus sikit.
3. Masukkan tepung, baking soda dan garam. 10 saat, speed 3 (TM6).
Kacau sikit bahan kering biar sebati di bahagian atas (masa bahan kering belum bercampur dengan bahan kisar). Tuang air dan adun.
4. Ulang tiga kali hingga semua sebati.
5. Goreng seperti biasa.
Sumber: Facebook Ainini Zainal