Dapur

Kentang Dah Bertunas Jangan Makan! Ada Kandungan Berbahaya & Ini Kesannya

7
SHARES
kentang bertunas

Bahaya! Kentang bertunas seperti gambar di bawah jangan lah dimakan walau rasa membazir sekali pun. Lebih buruk jadinya kalau badan sendiri yang sakit, dah satu masalah pula kena bawa pergi berubat.

Melalui perkongsian dari Puan Mazliana Mazlan, kentang yang bertunas ini mempunyai kandungan glycoalkaloid yang tinggi. Bahan kimia yang berlebihan boleh membawa kepada penyakit, terutama buat ibu mengandung dan anak kecil. Jom baca antara kesan sampingan dan risiko yang membahayakan di bawah.

Baca juga: Resepi Sup Halia Chinese Style, ‘Comfort Food’ Pelbagai Manfaat Guna Telur Saja!

KENTANG BERTUNAS JANGAN MAKAN! ADA KANDUNGAN GLYCOALKALOID

kentang bertunas

Gambar hiasan: ATableFullOfJoy.com

Kentang kalau dah rupa macam ini, terus buang sebab tinggi dengan kandungan glycoalkaloid. Kalau taknak buang, tanam pun boleh.

Glycokoid adalah bahan kimia yang secara semulajadi ada dalam kentang. Kentang bertunas yang dah lama ada di dapur kita, tinggi dengan kandungan glycoalkaloid berbanding kentang baru tidak bertunas.

Glycoalkaloid, tidak mengapa jika kandungannya tak banyak bila kita makan. Tapi jika berlebihan, akan buat penyakit lain pulak yang timbul.

Terutama untuk ibu mengandung dan anak kecil. Lebih hati-hati ya, jika rumah kita ada dua golongan ini.

ANTARA KESAN SAMPINGAN & RISIKO YANG MEMBAHAYAKAN

Antara kesan sampingan jika makan kentang bertunas yang tinggi kandungan glycoalkaloid.

  • Muntah.
  • Cirit.
  • Sakit perut.

Jika terlampau banyak kandungan glycoalkaloid yang diambil, ada risiko lain yang lebih membahayakan.

  • Rendahkan tekanan darah.
  • Tinggikan denyutan nadi.
  • Demam.
  • Sakit kepala.

Malah, boleh juga bawa kepada kematian.

kentang bertunas

Gambar hiasan: DoktorBudak.com

Pernah saya tengok cerita Hindi, dia kupas biji epal banyak-banyak, dan kisar. Kemudian masukkan dalam protein shake orang yang nak diracun.

Sebab dalam biji epal ada kandungan cyanide, yang kalau makan sebiji je tak jadi apa. Tapi kalau makan dengan kuantiti yang banyak, boleh sampai akibatkan kematian.

Dulu saya sayang jugak nak buang, sebab dua biji je kentang yang tinggal dan dah nak masak pagi tu buat sup ayam pulak. Tapi bila teringat kesan sampingan yang anak-anak ada kemungkinan boleh dapat, tak fikir panjang dah saya.

Kalau diorang sakit, lagi teruk saya nak handle lepas tu. Apalah sangat dua biji kentang dan sup tanpa kentang kan. Boleh ya, sama-sama kita cuba okay.

Sumber: Facebook Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×