Dapur

Resepi Sup Halia Chinese Style, ‘Comfort Food’ Pelbagai Manfaat Guna Telur Saja!

31
SHARES

Terdapat pelbagai jenis ‘comfort food’ yang mudah disediakan. Sebagaimana resepi kali ini iaitu Sup Halia Chinese Style bukan sahaja boleh dimanfaatkan ketika sakit malah, bila kekurangan bahan masakan di dapur hidangan ini masih lagi boleh disajikan.

Melalui perkongsian resepi dari Puan Sheena Rashid Kamsiran, sup ini merupakan menu kegemaran anaknya dari kecil hingga dia dewasa terutama ketika sakit. Selain itu, terdapat manfaat lain terutama buat ibu yang sedang berpantang. Jom cuba!

Baca juga: Rupanya Nak Sotong Pejal & Tak Berair Ketika Masak Kena Cuci Macam Ini, Tak Perlu Rebus!

‘COMFORT FOOD’ PELBAGAI MANFAAT, TERUTAMA BILA TIADA LAUK

Cuma nak kongsi comfort food saya. Resepi ini dari mummy saya. One of her signature cook.

Ini salah satu cara nak tackle selera makan anak kecil yang susah nak makan. Confirm dia suka sup light macam ini. Ini favourite anak saya dari dia kecil sampai dah besar. Masa sihat, sakit memang ini je dia cari.

Orang sakit perut, perut kembung berangin memang sesuai. Halia tu buang angin kan. Untuk ibu berpantang pun sangat sesuai.

Kalau tengah demam, selesema lagi, memang ini lah dicari. Kalau time cuaca sejuk, makan dengan nasi panas…fuhhh sedapnya. Tak sedar, 3 kali dah tambah nasi.

Cara buat senang sangat! Bahan pun tak banyak. Ada masa kita ni lauk habis, tinggal telur dekat peti, tak nak kosong atau kering, buatlah sup macam ni.

RESEPI SUP TELUR HALIA CHINESE STYLE

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji Telur
  • Halia
  • Minyak Bijan
  • Minyak Masak
  • Air
  • Cukup Rasa
  • Lada Putih

CARA-CARA PENYEDIAANNYA:

1. Panaskan minyak sikit. Tumis halia sampai nampak brownish sikit.

2. Masukkan telur. Then kacau kejap-kejap. Buat macam scramble tapi jangan hancur sangat.

3. Masukkan air, cukup rasa, minyak bijan dan lada putih. Kacau.

Siap! Selamat mencuba.

Sumber: Facebook Sheena Rashid Kamsiran via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×