DIY & Kraf

Cara Tanam Ubi Kentang Guna Polibeg, Paling Simple!

2
SHARES

Untuk anda yang gemar bercucuk tanam di rumah, apa kata cuba tanam sendiri kentang di rumah seperti yang dilakukan oleh Mahadzir Hashim. Sudah tentunya lebih jimat dan berkualiti berbanding beli di kedai runcit kerana harga semakin meningkat dan mahal.

Nak tahu macam mana? Di bawah merupakan cara lengkap menanam ubi kentang menggunakan polibeg. Memang mudah dan yang penting menjadi.

Baca juga: Guna Bawang Putih Boleh Elak Tanaman Diserang Serangga, Memang Berkesan!

CARA TANAM KENTANG GUNA POLIBEG, PALING SIMPLE

Bahan keperluan untuk menanam kentang: 

1. Ubi kentang

2. Tanah sebagai media penanaman batas atau polybag

3. Baja NPK

4. Sungkupan (bahan tambahan jika ada ie. cocopeat)

Langkah-langkah menanam kentang:

1. Cambahkan ubi 

Kumpulkan ubi kentang yang sudah mempunyai beberapa tunas pada setiap biji. Susun ubi kentang secara menegak di dalam bekas atau kotak. Letakkan di dalam bilik yang gelap selama 2 minggu. Pada peringkat ini, ubi kentang tidak perlu disiram. Selepas 2 minggu, pucuk akan mula keluar dari tunas pada ubi kentang.

2. Sediakan batas 

Ukuran batas yang terbaik ialah dengan kedalaman 6 – 8 inci dan jarak antara batas 2-3 kaki. Bagi penanaman dalam polybag paling sesuai ialah 24 x 24 inci.

3. Tanam ubi 

Bagi penanaman di atas batas, aturkan ubi kentang dengan jarak 1 – 2 kaki antara setiap ubi. Bagi penanaman di dalam polybag pula, isi tanah di dalam polybag sebanyak separuh daripada ketinggian polybag tersebut. Tanam satu ubi atau satu potongan tunas sahaja di dalam setiap polybag. Kemudian, kambus ubi dengan ketinggian tanah kira-kira 4 inci

4. Jaga dan pembajaan 

Penyiraman dan pengairan amat penting bagi tanaman kentang. Pastikan tanaman kentang mendapat kadar air secukupnya dengan tanah sentiasa lembap tetapi tidak menakung air.

Kedua-dua jenis pembajaan organik dan kimia sesuai diberikan kepada tanaman kentang. Baja organik boleh dicampurkan dalam tanah sebelum penanaman dilakukan.

Kadar pembajaan kimia pula ialah NPK Biru dengan kadar 0.5 kg per 100 kaki persegi. Pembajaan perlu dimulakan 2 minggu selepas menanam dan diulangi setiap 4 minggu kemudiannya. Hentikan pembajaan 2 minggu sebelum menuai.

5. Tambah tanah 

Bagi tanaman kentang, penambahan tanah adalah perlu berlainan dengan tanaman makanan lain lebih-lebih lagi bagi pokok kentang yang ditanam di dalam polybag. Tanah perlu ditambah 3 – 4 inci lebih tinggi dari permukaan tanah sedia ada. Tujuannya ialah untuk membanyakkan penghasilan kentang oleh pokok kentang.

6. Tuai 

Pokok kentang mengambil masa 70 – 120 hari untuk matang dan menghasilkan ubi. Tuaian boleh dilakukan apabila daun pada pangkal tanaman mula menguning.

Selamat mencuba.

Sumber: Facebook Mahadzir Hashim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×