Bayam Brazil merupakan antara tanaman pilihan ramai kerana mudah dijaga dan subur, namun antara masalah sering berlaku adalah tanaman diserang serangga.
Bagi mengelakkan masalah itu terus berlaku, boleh menggunakan bawang putih seperti yang dilakukan oleh pengguna Facebook bernama Suzurina. Selamat mencuba!
Baca juga: Cara Tanam Bendi Guna Biji Benih, Hasil Memang Lumayan & Puas Hati!
GUNA BAWANG PUTIH BOLEH ELAK TANAMAN DISERANG SERANGGA
Ini cara saya tanam bayam brazil dengan bawang putih, cucuk sahaja bawang putih seulas-seeulas atau satu labu bawang putih pun boleh.
Kadang saya beli yang dah siap kupas tu sahaja, terus cucuk dekat pokok. Macam saya buat tu, nanti bawang putih akan naik hidup sama dengan pokok bayam tu.
Pokok cili awal-awal pun sy buat macam ni. Boleh juga buat macam ini dekat pokok-pokok yang lain. Sebelom ni memang tak boleh makan bayam brazil tu, penuh ulat beluncas halus, geli pula.
Siput pun tak suka kot bau ni, sebab tak ada dah siput halus-halus dan besar dah. Tanaman pun makin subur dan tidak diserang serangga. Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Suzurina Binti Muda