Dapur

Ini Tips Nak Jaga Kuali Baru Beli, Elak Makanan Melekat & Tak Berkarat!

27
SHARES
tips jaga kuali baru

Ramai dalam kalangan ‘kaki masak’ yang gemar membeli perkakas dapur seperti sudip dan kuali. Namun, tidak ramai yang tahu cara betul untuk menjaganya. Justeru itu, penulis ingin kongsikan tips jaga kuali baru seperti dikongsikan oleh saudara Wan Luqman.

Menurutnya, kuali yang baru dibeli perlulah di pre season untuk mengelak ia dari karat. Selain itu, dapat mengelakkan makanan dari melekat di kuali. Barulah syok bila memasak! Jom lihat tips penjagaannya di bawah.

Baca juga: ‘Sliding Door’ Almari Terkeluar Dari Landasan? Ini Cara DIY Tak Perlu Beli Almari Baharu

TIPS BAKAR KUALI BARU

tips jaga kuali baru

My 3rd kuali. Baru-baru ini jumpa kuali saiz 13 inci terus sambar. Susah sikit nak jumpe saiz 13 inci. Dah selesai masak ibu sambal dan daging hitam, jom bakar kuali baru ni.

Orang putih cakap “season the wok”. Untuk apa bakar? Carbon steel wok ni kalau tak jaga dia tak manjakan dia, dia akan cepat berkarat. Jadi untuk elakkan berkarat, kita kena bakar kuali ni dulu sebelum guna (untuk yang baru dibeli) dan selepas guna dia.

Salah satu lagi sebab nak bakar adalah supaya masakan kita tak melekat. Jadi pengalaman memasak anda lebih seronok dan ghairah haha. Macam enamel wok tu. Sila sayangi kuali anda.

Goreng nasi sambil melambung-melambung nasi tu, goreng telur mata dan goreng ikan memang cantik dan best. Ada saja yang dijual pre season wok. Mahal sikit lah.

Proses semua makan masa lebih kurang 30-45 minit bergantung kepada power api dapur anda. Saya punya dapur bukan high pressure, tapi turbo burner.

TIPS JAGA KUALI BARU, INI LANGKAHNYA

Okay, macam mana nak tahu saiz kuali ni? Dekat handle tu ada sticker. Boleh tengok nombor tu lah saiz. Kebanyakan yang ada saiz 14″ 16″. Saiz 13″ susah sikit nak dapat.

Tapi kuali jenis ni tak ada dah saiz lagi kecil rasanya dekat Malaysia. 13 kot paling kecik. Kalau dapat saiz 10″-11″, lagi comel masak nasi goreng seorang makan.

Harga dia average RM 18-23. Tengok kedai dan tempat.

tips jaga kuali baru

Kuali ni masa baru beli dia berbungkus dalam plastik. Bila buka plastik, permukaan kuali tu dia berminyak (greasy). Itu adalah minyak dari kilang.

Kita kena cuci dulu. Tenyeh gosok dengan sabun guna span besi ye. Depan belakang bontot dia kita gonyoh semua.

tips jaga kuali baru

Dah gonyoh guna span besi mesti la nampak kesan-kesan tu. Biarkan saja, jangan sedih pulak kuali calar. Biar kuali calar, jangan muka yang bercalar.

Setkan api dapur yang terpadu dan start bakar!

tips jaga kuali baru

Bakar sampai kebiruan ke seluruh permukaan kuali dan biar rata di semua tempat.

PERINGATAN!

  • Jangan lama sangat, bila dah start biru terus alih ke permukaan lain. 
  • Kalau lama sangat dekat tempat sama, nanti yang biru akan jadi merah.

Merah tu tanda besi terlalu panas dan akan berkarat di kemudian hari. Sila buang dan beli kuali baru.

tips jaga kuali baru

Bakar seluruh permukaan kuali ye. Jangan leka dan lalai. 

tips jaga kuali baru

Dah siap! Biarkan dalam 10 minit.

tips jaga kuali baru

Lepas 10 minit, kita test season. Letak minyak sikit.

Guna paper towel untuk ratakan ke seluruh permukaan kuali. Ingat, tisu dapur ya. Bukan guna tisu muka dalam kotak dekat ruang tamu tu!

tips jaga kuali baru

Test run, goreng la apa-apa pun, bawang ke daun bawang ke halia ke serai ke. Seronok waktu ni tengok mereka berlari. Goreng je sampai garing ke hangus ke.

Masa ni saya goreng kobis, halia dan bawang putih je.

tips jaga kuali baru

Bile dah garing kaw-kaw, buang bahan goreng tadi dan guna tisu tadi untuk lap permukaan kuali.

tips jaga kuali baru

Dah habis lap, biarkan sekejap dalam 3-5 minit. Bagi dia cool down dulu. Korang tengoklah kuali je baru. Sudip ikat cable tie tu jugak tak tukar-tukar hahaha.

tips jaga kuali baru

Kemudian bilas dan gosok guna span tanpa sabun ye.

tips jaga kuali baru

Lap-lap bagi kering kemudian panaskan. Titiskan minyak sikit dan sapu rata ke seluruh permukaan kuali lagi sekali. Simpan.

tips jaga kuali baru

Bila kita gosok guna tisu sambil api menyala, dia akan start berasap. Tutup api, siap.

Besok-besok nak pakai, panaskan dulu dan ratakan sedikit minyak ke seluruh permukaan kuali dan barulah guna. Ini dipanggil pre season.

Buat 2-3 kali pre season, Insya Allah lepas tu kuali akan hitam gelap gelita macam dekat restoran tu, itu lah yang kita mahu. Konpem tak melekat sampai sudah.

tips jaga kuali baru

Ini kuali saya yang ke-2. Beli ni dulu tak season pun, malas. Bila tak season, dia jadi macam ni lah. Lepas pakai, cuci bersih-bersih, bila dah kering dan simpan. Akan naik karat-karat tu, jadi setiap kali nak pakai kena cuci dulu.

Kuali macam ni untuk penjagaan dia, setiap kali lepas pakai basuh dan lap bagi kering atau bakar sekejap atas dapur. Kemudian sapu minyak di keliling permukaan dia. Baru simpan, haaa gitulah.

Ingat muka je kena jaga? Kuali kesayangan pun mesti lah kena jaga.

tips jaga kuali baru

Sumber: Facebook Wan LuQman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×