DIY & Kraf

Teknik Betul Sental Periuk Berkarat, ‘Confirm’ Berkilat Macam Baru Beli

4.9K
SHARES
cara hilangkan karat kuali

“Apa nak buat dengan periuk ni? Buang ke? Baru beli dah hitam! Pening-pening…,”

Selalu tak situasi di atas terjadi dalam kehidupan anda? Periuk dan kuali baru beli tapi hanya beberapa kali guna dah hitam. Kalau nak buang, rugi pula. Pening kepala dibuatnya memikirkan jalan penyelesaian.

Oleh itu, mari ikuti perkongsian seorang pengguan Facebook bernama Zainun Mamat yang menunjukkan cara hilangkan karat kuali dan periuk dengan betul hanya menggunakan 2 bahan sahaja. Wow!

Baca juga: Rumah Sempit Tak Ada Ruang Sidai Baju? Tak Payah Pening, Guna Cara Ni!

CARA HILANGKAN KARAT KUALI GUNA 2 BAHAN, MACAM BARU BELI

Tiap-tiap hari kita masak. Lepas masak mesti kena basuh peralatan memasak terutamanya periuk dan kuali. Selalunya periuk Kita akan jadi hitam di bawahnya. Sukar juga nak cuci dan sental.

Alatan yang diperlukan:

– Besi keluli

cara hilangkan karat kuali

– Sabun mandi (sebuku)

*Saya gunakan keluli besi cuci periuk dan lebihan sabun mandi. Sabun kita guna tu lebihannya jangan dibuang.

– Sedikit air

Caranya mudah sahaja:

1. Rendam besi keluli dengan sabun mandi dan sedikit air.

2. Tekan-tekan sedikit sehingga menghasilkan buih.

3. Kemudian boleh sental periuk dan kuali yang hitam itu. Besi keluli boleh tahan 3 hingga 4 hari. Jimat dan mudah.

cara hilangkan karat kuali

cara hilangkan karat kuali

Mudahkan? Tak sakit mata dah kalau tengok periuk dan kuali hitam lepas digunakan. Sental-sental! Haa berkilat terus. Jangan dibuang pula. Rugi tau.

Sumber: Facebook Zainun Mamat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×