Aloe vera atau lebih dikenali sebagai pokok lidah buaya adalah antara tumbuhan semulajadi yang paling banyak khasiat kepada manusia sama ada untuk kegunaan luaran mahupun dalaman. Dalam kegawatan ekonomi kini, semua barang perlu digunakan dengan cermat agar tidak membazir.
Pada kali ini, satu perkongsian oleh pengguna Tiktok @khai_jimat mengenai proses pembuatan sabun mandi dengan menggunakan aloe vera.
Baca juga: Resipi Simple Buat Chili Oil Macam Restoran ‘Chinese Food’, Pasti Menjadi & Tahan Lama!
TIPS BUAT SABUN MANDI DARIPADA ALOE VERA
Bahan-bahan:
- Aloe vera
- Sodium hydroxide
- Minyak bijan
- Pewarna
Ambil aloe vera dan potong untuk ambil isi dalamnya sahaja. Isi dalamnya jernih seperti gel.
Isi tersebut perlu blender sehingga menjadi hancur seperti air.
Selepas itu, tuangkan dalam satu bekas dan biarkan sehingga buih-buih itu hilang.
Lalu, masukan dalam freezer selama satu malam kerana mudah untuk proses membuat sabun nanti.
Apabila aloe vera dah beku, bermula proses pembuatan sabun. Mula-mula letakkan sodium hydroxide ke dalam bekas.
Kemudian, terus masukan aloe vera yang beku itu. Sodium hydroxide ini bersifat panas jadi senang untuk aloe vera tadi cair. Teruskan kacau sehingga ia jadi cair.
Apabila aloe vera sudah sebati dengan sodium hydroxide tersebut, masukan pula minyak kepala. Lebih elok minyak kelapa dara kerana sesuai untuk sabun mandi dan minyak kelapa dara ini pun ada kelebihan dan vitamin yang tersendiri. Teruskan kacau sehingga sebati.
Letakkan pewarna tambahan mengikut citarasa masing-masing. Dan terusnya kacau sehingga ia pekat dan likat.
Proses terakhir, apabila adunan sudah pekat dan likat, luangkan ke dalam acuan (tak kisah bentuk acuan) untuk dibentukkan sabun.
Lepas itu, letakkan pada satu tempat dan biarkan ia kering. Proses untuk keringkan dia selalunya mengambil masa 3-4 minggu yang betul-betul kering baru boleh guna sabun ini.
Dah siap! Selamat mencuba semua.
VIDEO PENUH
@khai_jimat Aloe Vera ni banyak khasiat nya. Korang Google sendiri la hehehe #izzgrouptiktok #izzhangroup #jimat #sabun #aloevera #lidahbuaya #fypシ゚viral #tiktokmalaysia #tiktokviral
Sumber: Tiktok khai_jimat