Dapur

Resipi Simple Buat Chili Oil Macam Restoran ‘Chinese Food’, Pasti Menjadi & Tahan Lama!

36
SHARES

Umumnya restoran dimsum atau restoran chinese food menyajikan chili oil untuk sambal pendamping makanan (side dish). Untuk membuat chili oil ini memerlukan penggunaan minyak yang banyak. Bahkan, sambal chili oil boleh tahan lama sehingga berbulan-bulan. Perkongsian ini dimuat naik oleh pengguna Tiktok @sfbto mengenai resipi simple chili oil dengan caranya yang tersendiri.

Baca juga: Cendawan Boleh Jadi Pengganti MSG, Masak 10 Jenis Cendawan Ini Untuk Anak

Resipi simple chilli oil cara saya. Tak guna udang kering sebab allergic jadi ganti dengan ikan bilis. Since ikan bilis mahal sekarang ini, tukar guna kiub ikan bilis bertambah senang. Memang bertahun buat macam ini sahaja. Restock 2 ke 3 bulan sekali boleh cuba sangat simple sangat sedap.

Bahan-bahan: 

  1. Bawang putih
  2. Minyak masak
  3. Chili flake 
  4. Kuib ikan bilis
  5. Gula
  6. Garam
  7. Secukup rasa
  8. Minyak bijan

Masukan bawang putih dalam chopper (pastikan kering) tapi jangan halus sangat.

Letak minyak masak dalam kuali dengan kuantiti yang banyak. Lalu tuangkan bawang putih tadi dengan pembukaan api yang paling perlahan.

Masak sehingga keemasan dan masukan chili flakes. Kalau chili flake buat sendiri lagi bertambah-tambah sedap.

Masukan kiub ikan bilis.

Masukan gula, garam, secukup rasa, minyak bijan letak banyak sikit biar wangi.

Masukan ke dalam bekas. Dah siap!

VIDEO PENUH 

@sfbto

Resipi simple chilli oil cara sy..Tak guna udang kering sebab allergic..jadi ganti dgn ikan bilis .since ikan bilis mahal skrg ni.. tukar guna kiub ikan bilis..bertambah senang.. mmg bertahun buat macam ni je..restock 2 ke 3 bulan sekali..boleh cuba sgt simple sgt sedap 👍 #chillioil #chillioilrecipe #chillioildumpling #dapurTii #sitimasak #masakdirumah #homecooking #masakdirumah

♬ Acoustic guitar live performance Gentle and nimble in nature(1007339) – Melonest

Sumber: Tiktok sfbto

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×