Cendawan adalah antara makanan yang paling serba boleh di dunia, menjadikannya sebagai pilihan tambahan berharga untuk pelbagai jenis makanan seperti pizza, pasta, pai daging, salad dan sandwic.
Pengambilannya membantu meningkatkan kesihatan manusia seperti sistem imun dan organ-organ utama termasuk jantung. Oleh itu, makanlah banyak cendawan untuk kesihatan tubuh dan minda anda sekaligus boleh dijadikan sebagai pengganti kepada MSG dalam setiap hidangan tau.
Baca juga: [VIDEO] Ketahui 4 Jenis Sakit Kepala Yang Pernah Anda Hadapi, Kena Jumpa Doktor Cepat!
CENDAWAN BOLEH JADI PENGGANTI MSG
Cendawan boleh jadi pengganti aji kalau masak sayur untuk anak. MSG penyedap makanan, beri rasa umami pada lidah. Buat makanan yang anak makan, lebih sedap daripada biasa.
Ada yang ambil makanan tinggi dengan MSG tiruan, dapat kesan sampingan pening, loya, muntah dan berdebar-debar. Kajian pun ada tunjukkan yang MSG ada kaitan dengan obesiti, penyakit metabolik, kesan neurotoksik, dan kesan pada organ peranakan. Tak sesuai untuk anak-anak kita ya. Sebaiknya elakkan dari anak-anak seboleh mungkin.
- Kiub atau serbuk ayam.
- Kiub atau perencah tomyam.
- Secukup rasa, penyedap rasa.
- Perencah nasi goreng.
- Perencah sup tulang.
- Perencah mee segera.
- Sos tiram.
- Kicap.
Elakkan masak makanan anak-anak kita dengan bahan ini. Semua jenis penambah rasa ni kebanyakkan ada MSG tiruan. Cendawan, antara sayuran sebenar yang beri rasa umami yang kuat pada lidah kita. Sumber semulajadi pilihan yang lebih baik buat anak-anak. Dalam gambar, saya ada kongsi 10 jenis cendawan yang ada di pasaran. Boleh shopping okey.
1. Brown button mushroom
Brown mushroom masuk dalam pasta sedap!
2. White button mushroom
Letak sebagai topping pizza best kan.
3. Shiitake mushroom
Shiitake ini sedap, liat-liat rasanya.
4. Portabello mushroom
Portabello mushroom, dari button mushroom.
5. King otyster mushroom
Buat sup sayur sedap kan.
6. Inoki mushroom
Enoki butter dah try ke belum?
7. Grey oyster mushroom
Cendawan goreng rangup sedap ini.
8. Bunashimeji mushroom
Tumus dengan bawang putih pun dah nikmat.
9. Bunapi mushroom
Sup sayur kosong sahaja dah sedap tau.
10. Dried shiitake mushroom
Dried shiitake mushroom, sentiasa ada stok di rumah saya. Sebab cendawan ini kering, tahan lama, tinggi dengan glutamate dan beri rasa umami yang kuat. Guna sikit sahaja dah sedap hasil masakan kita.
Buat mee goreng pun saya kisar dulu cendawan shiitake dan tumis sekali dengan bebawang. Serius, sedap lain daripada biasa. Korang kena try tau.
Cendawan apa paling bagus? Setiap cendawan ada khasiat terlebih terkurang sikit, tapi umumnya semua ada kebaikan.
Umur berapa boleh start makan? Boleh cuba untuk baby 10 bulan ke atas.
Anak eczema boleh makan? Yang ini tengok post semalam, 9 sayur yang anak eczema kena elakkan.
Mana nak beli? Semua pasaraya ada. Nak banyak pilihan, di Aeon dan Jaya Grocer.
Serbuk cendawan boleh guna? Boleh sahaja kalau bahan-bahan dia okey. Boleh lah shopping cendawan lepas ini selalu tau. Kita cuba cari perasa dari bahan semulajadi untuk anak-anak ya.
Sumber: Facebook Mazliana Mazlan