Sihat

[VIDEO] Ketahui 4 Jenis Sakit Kepala Yang Pernah Anda Hadapi, Kena Jumpa Doktor Cepat!

2
SHARES

Boleh dikatakan hampir semua pernah mengalami sakit kepala, walaupun sakit kepala ini tidaklah serius, namun jika dibiarkan berlarutan akan mengganggu aktiviti harian. Mungkin selama ini ada yang menganggap sakit kepala sahaja mesti disebabkan rasa pening atau pusing.

Satu perkongsian yang dimuat turun oleh pengguna Tiktok @byeiramahirah mengenai 4 jenis sakit kepala. Jom ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Baca juga: 8 Perkara Kena Jauhkan Daripada Bayi Baru Lahir, Mak Ayah Kena ‘Alert’!

4 JENIS SAKIT KEPALA

Berikut adalah 4 jenis sakit kepala:

1. Sinus

Sakit di sekitar mata, tulang pipi, dahi dan batang hidung. Sakit lebih teruk dengan baring mengiring, bergerak secara mengejut dan pergerakan. Berlaku akibat jangkitan dan perubatan tekanan udara dalam rongga sinus.

2. Tension

Sakit di hadapan kepala, terasa seperti kepala diikat dan dihimpit. Aktiviti fizikal tidak membuat sakit bertambah teruk. Berlaku akibat stress, kurang air dan otot tegang.

3. Migrain

Sakit berdenyut di sebelah kepala dengan tekanan di belakang mata, loya dan mata kabur. Sakit lebih teruk dengan pergerakan dan aktiviti fizikal. Sensitif dengan cahaya terang dan bunyi bising.

4. Cluster

Sakit di sebelah muka, kepala dan mata. Baring membuatkan sakit bertambah teruk. Berpunca dari hidung atau air mata tersumbat.

Bila anda perlu jumpa doktor untuk rawatan segera untuk masalah sakit kepala ini.

– Sakit kepala secara mengejut dan sakit sakit

– Kanak-kanak sering mengadu sakit kepala

– Sakit kepala dengan gangguan penglihatan, keliru, hilang keimbangan tubuh dan pertuturan.

– Sakit kepala dengan rasa kebas dan lemah

– Sakit kepala dengan demam, sawan atau pengsan

– Sakit kepala dengan tengang di tengkuk dan ruam

VIDEO PENUH

@byeiramahirah

4 JENIS SAKIT KEPALA #sakitkepala #migrain #tiktokmalaysia #fypmalaysia #sebarkankebaikan

♬ original sound – Ikmal Alif – Ikmal Alif

Sumber: Tiktok byeiramahirah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×