Famili

8 Perkara Kena Jauhkan Daripada Bayi Baru Lahir, Mak Ayah Kena ‘Alert’!

10
SHARES

Tanggungjawab menjaga bayi yang baru lahir merupakan beban yang besar terhadap kedua ibu bapa tidak kiralah bayi ini yang pertama atau yang kedua mahupun yang kesepuluh. Bayi adalah anugerah daripada Allah yang membawa seri kegembiraan dalam keluarga. Tetapi, anda perlu tahu bagaimana untuk menguruskan bayi yang baru lahir supaya dia selamat sentiasa.

Perkongsian oleh pengguna media sosial Tiktok @byeiramahirah mengenai perkara-perkara yang jangan dilakukan kepada bayi yang baru lahir. Tidak kira anak sendiri atau anak orang lain. Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

Baca juga: [VIDEO] Resipi Mee Kolok ‘Bujang Style’, Sama Macam Di Sarawak!

Berikut merupakan 8 perkara tersebut:

1. Jangan merokok berhampiran bayi

Larangan keras kepada perokok yang mencium bayi. Asap rokok basi boleh menyebabkan pneumonia.

Orang yang merokok sudah pasti mendatangkan bahaya kepada dirinya, tetapi lebih bahaya kepada bukan perokok kerana menghirup asap rokok itu. Orang dewasa pun sudah bahaya, ini kan pula bayi yang menghirupnya.

2. Jangan bagi orang cium anak sesuka hati

Antibody bayi masih belum kuat untuk menentang bakteria atau virus. Lindung anak kita sebaiknya.

Jika ingin mencium bayi, minta izin kepada ibu bapa yang terlebih dahulu. Tetapi sebaiknya elakkan kerana kita tidak tahu bakteria apa yang ada pada bibir kita ketika itu.

3. Jangan ubah suasana rumah menjadi sepi

Bising sikit tak mengapa. Ajar bayi perbezaan siang dan malam. Ianya bagus untuk dia kenal waktu bermain dan tidur.

Walaupun mereka masih kecil, tetapi mereka sangat peka akan suasana sekeliling.

4. Jangan cuba-cuba nak suap makanan ke mulut bayi

Usus mereka masih mentah untuk menerima makanan selain susu ibu. Tunggu usia bayi sehingga 6 bulan.

Geram melihat bibirnya apabila orang sekeliling tengah makan, jangan cuba-cuba untuk memberi bayi makan walaupun sedikit sahaja untuk bagi bayi rasa.

5. Jangan biar lampin penuh baru nak ganti

Kulit bayi sangatlah sensitif. Ia boleh menimbulkan alahan, ruam dan lecetan di kawasan sensitif bayi.

Apabila perkara sebegini berlaku, bayi akan kerap menangis ketika ingin membuang air kecil atau besar kerana rasa pedih di kawasan tersebut.

6. Jangan letak bedak di kemaluan bayi baru lahir

Bahan kimia berbahaya yang terkandung dalam bedak boleh mengakibatkan bayi tidak selesa.

Bagi bayi yang baru lahir, jangan letakkan apa-apa dahulu kerana terdapat sesetengahnya boleh berbahayakan bayi.

7. Jangan beri puting palsu terlalu awal

Ia akan membuatkan si manja anda keliru puting dan mengganggu proses penyusuan susu ibu.

8. Jangan lupa sendawakan bayi anda selepas dia minum susu

Ini bagi mengelakkan bayi dari kembung perut dan tersedak susu. Ingat tau!

Ini sangat penting! Apabila selesai menyusukan bayi, terus tepuk perlahan di bahagian belakang bayi sehingga bayi sendawa.

VIDEO PENUH 

@byeiramahirah

8 JANGAN BUAT PERKARA INI KEPADA BAYI BARU LAHIR #fypmalaysia #tiktokmalaysia #sebarkankebaikan #bayi #ibubapa

♬ Natural scenery and relaxing healing songs(821806) – imataku

Sumber: Tiktok byeiramahirah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×