Dapur

6 Jenis Minuman PUNCA Sakit Kepala, Jus Buah & Susu Termasuk Sekali!

19
SHARES
punca sakit kepala

Sakit kepala yang berulang mungkin disebabkan oleh apa yang anda makan setiap hari. Untuk sakit kepala sebegini, rawatan terbaik adalah dengan mengelakkan makanan dan minuman yang menjadi punca sakit kepala. Jadi, kali ini penulis ingin berkongsikan maklumat mengenai minuman pencetus sakit kepala agar boleh dihindari.

Sakit kepala memang menyakitkan dan boleh mengganggu aktiviti harian. Namun, dengan mengelakkan semua minuman pencetus, ia boleh menyembuhkan dan mencegah sakit kepala di kemudian hari.

Baca juga: Khas Buat Pesakit Diabetes Sambut Aidilfitri & ‘Maintain’ Sihat, Ikuti 9 Tips Saranan KKM Ini!

PUNCA SAKIT KEPALA

punca sakit kepala

Gambar: yanalya

1. Kopi

Mengambil terlalu banyak kafein boleh menyebabkan sakit kepala, seperti minum 200 mg kafein atau kira-kira dua hingga tiga cawan kopi. Ia tidak jarang berlaku, sakit kepala muncul apabila anda berhenti minum kopi akibat penarikan kafein (sakit kepala selepas berhenti kafein):

Apabila anda minum kafein, saluran darah akan menjadi sempit. Kemudian, apabila kafein meninggalkan badan, saluran darah akan melebar semula dan mencetuskan peningkatan aliran darah.

Peningkatan tekanan daripada aliran darah ini menyebabkan sakit kepala. Inilah yang dikenali sebagai sakit kepala penarikan kafein.

2. Minuman tenaga

Minuman tenaga yang mengandungi tinggi gula, kafein, dan herba tambahan yang dianggap dapat meningkatkan tenaga boleh memberi rangsangan tenaga selama satu atau dua jam. Selepas itu, anda akan berasa sakit kepala dan keletihan akibat kandaungan kafein yang ada.

Selain itu, kandungan gula yang tinggi dalam minuman tenaga juga boleh menyebabkan dehidrasi, salah satu kesannya ialah sakit kepala.

Baca juga: Resepi PATI LEMON MADU Bantu Reda Batuk Tak Henti & Gatal Tekak, Barulah Lega!

3. Jus buah

Jus buah-buahan yang dijual dalam bungkusan sedia untuk diminum secara umumnya mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi, yang mempunyai kesan langsung pada sistem saraf. Selain itu, minum jus tanpa makanan atau cecair lain akan menyebabkan gula darah naik dan turun dengan cepat yang kemudiannya boleh menyebabkan sakit kepala.

Jika anda ingin minum jus, sebaiknya buat sendiri dengan buah-buahan yang ada di rumah tanpa menambah gula agar dapat manfaat jus buah yang asli.

4. Susu

Perlu diketahui bahawa, 75 peratus orang dewasa di seluruh dunia tidak mempunyai keupayaan untuk mencerna laktosa dan susu.

Keupayaan ini hilang selepas zaman kanak-kanak dan ia boleh menyebabkan susu membusuk di dalam perut, menyebabkan gas toksik dan keradangan. Keradangan usus yang berlaku ini adalah pencetus kepada migrain.

Di samping itu, produk tenusu mengandungi amina biogenik, histamin dan tyramine. Amina biogenik diketahui boleh mencetuskan migrain.

Baca juga: 3 Petua Melegakan Sembelit Dicadangkan Doktor, Baru Puas Dapat Keluar Najis Keras!

5. Minuman sejuk

sakit kepala

Gambar: jcomp

Minum minuman sejuk boleh mencetuskan sakit yang menusuk di kepala. Di mana, ia berkemungkinan besar berlaku apabila anda minum minuman sejuk dengan cepat, selepas bersenam atau ketika kepanasan.

Tidak seperti sakit kepala yang lain, sakit kepala akibat minuman sejuk datang dan pergi dengan cepat. Ia biasanya hanya berlangsung beberapa saat hingga beberapa minit dan kemudian hilang dengan sendirinya.

6. Minuman yang mengandung pemanis tiruan

Pemanis tiruan sering ditambah kepada minuman ringan atau minuman diet kerana ia boleh memberikan rasa manis tanpa menambah banyak kalori. Malangnya, pemanis tiruan dalam minuman boleh mencetuskan sakit kepala dan migrain.

Terdapat kaitan positif antara pemanis buatan seperti aspartam dengan sakit kepala. Namun, aspartam perlu diambil dalam jumlah yang banyak dan anda mungkin perlu terdedah kepadanya untuk masa yang lama untuk mengalami sakit kepala.

Baca juga: Menu Iftar Ramadan Seminggu Tanpa Minyak 100%, Sesuai Buat Pengamal Diet Sihat!

Sumber: IDN Times

FT Image: benzoix

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×