Dapur

7 Makanan Sihat Boleh Bantu Atasi Sakit Kepala, No.3 ‘Berkafein’ Paling Tak Sangka!

16
SHARES
cara hilangkan sakit kepala

Terdapat banyak cara hilangkan sakit kepala termasuklah beberapa pilihan makanan yang mengandungi nutrien, berperanan dalam mengurangkan faktor asas sakit kepala yang biasa, seperti kelaparan dan dehidrasi. Oleh itu, mari lihat senarai makanan berikut yang boleh membantu menguruskan sakit kepala anda.

Baca juga: Hilang Nafsu Untuk ‘Bersama’ Pasangan? Ambil 6 Buah Ini Untuk Hubungan Kembali Hangat!

CARA HILANGKAN SAKIT KEPALA MELALUI MAKANAN SIHAT

cara hilangkan sakit kepala

Gambar: jcomp

1. Pisang

Jika anda sering sakit kepala saat lapar, ambillah buah pisang. Hal ini kerana, pisang mengandungi serat yang melambatkan penghadaman dan meningkatkan rasa kenyang sekali gus membuatkan kenyang lebih lama.

Malahan, serat juga mengawal sistem gastrousus yang menyumbang kepada kesihatan paksi usus-otak dan kemungkinan mengurangkan risiko gangguan tertentu sistem saraf pusat, termasuk migrain.

2. Teh pudina

Pada hari-hari di mana anda tidak minum air yang mencukupi atau menghidrat semula dengan betul selepas bersenam, anda mungkin mengalami sakit kepala.

Bagi mengatasi masalah itu, disarankan untuk minum teh pudina. Ia bukan sahaja sumber cecair yang lazat, tetapi mempunyai bau yang boleh memberikan sedikit kelegaan sakit kepala.

3. Makanan dan minuman berkafein

Biarpun kafein boleh menyebabkan sakit kepala pada sesetengah orang, ia boleh melegakan sakit kepala pada orang lain. Di mana, kafein menyempitkan saluran darah di otak.

Jika anda kerap mengambil kafein dan berhenti secara tiba-tiba, saluran darah boleh melebar terlalu banyak, menyebabkan gejala sakit kepala. Salah satu cara terpantas untuk mengurangkan masalah ini adalah dengan mengambil sedikit kafein.

Bagi anda yang sedang cuba mengurangkan pengambilan kafein, ambil minuman kafein yang sedikit daripada yang biasa diminum. Langkah ini boleh memberikan kafein yang cukup tanpa mencetuskan sakit kepala.

Baca juga: 7 Jenis Makanan & Minuman Tak Boleh Makan Sekali Dengan Durian, Undang Mudarat!

Baca juga: 9 Khasiat Labu Kuning Yang Luar Biasa, Terutama Pada Wanita Hamil!

cara hilangkan sakit kepala

Gambar: freepik

4. Makanan yang difermentasi

Seperti kafein, makanan yang ditapai (seperti kimchi dan yogurt) boleh menjadi pencetus sakit kepala yang biasa bagi orang tertentu. Walau bagaimanapun, bagi orang lain, ia mungkin merupakan komponen penting dalam pengurusan sakit kepala.

Ini semua berkat kandungan probiotik yang tinggi atau bakteria baik, yang memberi manfaat kepada hubungan antara usus dan otak.

Malah, ini mungkin berkaitan dengan kesan anti-radang makanan yang kaya dengan probiotik. Oleh kerana sakit kepala dan migrain dikaitkan dengan keradangan, diet anti-radang (boleh membantu, dan) makanan yang ditapai boleh menjadi sebahagian daripada itu.

5. Tembikai

Bagi penyelesaian yang lazat untuk sakit kepala akibat dehidrasi, makanlah tembikai segar. Kira-kira 90 peratus daripada buah merah ini diperbuat daripada air, jadi memakannya boleh membantu memulihkan keseimbangan cecair badan anda dan melegakan dehidrasi.

Sudah tentu, makan tembikai bukanlah pengganti air minuman sepenuhnya, tetapi ia pasti boleh membantu meningkatkan tahap cecair badan.

6. Kekacang

Makanan kekacang seperti kacang kuda dan kacang hitam adalah pilihan yang bagus untuk melegakan sakit kepala yang berkaitan dengan kelaparan.

Ia mengandungi serat dan protein yang tinggi, dua khasiat yang mengenyangkan. Kacang juga kaya dengan magnesium, mineral yang boleh membantu untuk mencegah migrain dan sakit kepala [dari masa ke masa] atau mengurangkan keterukan rasa sakitnya.

7. Sayuran berdaun

Terkenal dengan senarai nutrien mesra otak yang mengagumkan, sayur-sayuran berdaun seperti bayam dan kangkung, kemungkinan juga memberi manfaat kepada sakit kepala. Sayuran berdaun adalah sumber magnesium yang sangat baik, yang dikaitkan dengan pencegahan dan melegakan migrain.

Mereka juga mengandungi riboflavin, vitamin B yang didapati mengurangkan kekerapan dan keterukan migrain pada sesetengah orang.

Baca juga: Air Nabeez Minuman Kegemaran Rasulullah Kaya Khasiatnya & Ada Resepi Juga!

Sumber: Real Simple

FT Image Benzoix / KamranAydinov

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×