Dapur

Hilang Nafsu Untuk ‘Bersama’ Pasangan? Ambil 6 Buah Ini Untuk Hubungan Kembali Hangat!

3
SHARES
cara tingkatkan ghairah seksual

Libido atau pemacu seks adalah dorongan psikologi atau tenaga yang dikaitkan dengan keinginan seseorang untuk melakukan aktiviti seksual. Terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan nafsu seks termasuklah pemakanan. Siapa sangka dengan pengambilan buah-buahan tertentu boleh menjadi salah satu cara tingkatkan ghairah seksual.

Kajian menunjukkan bahawa diet berkhasiat dapat meningkatkan kehidupan seks yang sihat dengan meningkatkan libido, meningkatkan aliran darah, serta kesihatan jantung dan stamina.

Baca juga: 7 Jenis Makanan & Minuman Tak Boleh Makan Sekali Dengan Durian, Undang Mudarat!

CARA TINGKATKAN GHAIRAH SEKSUAL DENGAN PENGAMBILAN BUAH

cara tingkatkan ghairah seksual

Gambar: azerbaijan_stockers

Menariknya, makanan tertentu yang meningkatkan libido juga dikenali sebagai afrodisiak. Afrodisiak ialah bahan yang boleh meningkatkan libido, keinginan seksual, tarikan seksual, keseronokan seksual, atau tingkah laku seksual.

Justeru itu, mari lihat senarai buah-buahan yang dapat membantu meningkatkan keghairahan seksual anda.

Baca juga: Tinggi Badan Lelaki Dipercayai Pengaruh Saiz Zakar Kesukaan Wanita, Abang Berapa Sentimeter?

1. Keluarga beri

Beri seperti strawberi, blueberry dan raspberi penuh dengan sifat afrodisiak. Menurut pakar, biji buah ini penuh dengan zink yang penting untuk seks lelaki dan wanita, menjadikannya salah satu buah yang berkesan meningkatkan nafsu seks.

2. Avokado

Avokado kaya dengan vitamin B dan lemak tak tepu tunggal, yang terbukti dapat meningkatkan aliran darah ke seluruh badan, termasuk zakar. Buah ini juga mengandungi potassium yang boleh meningkatkan libido bukan sahaja pada lelaki tetapi juga wanita.

3. Delima

Kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Impotence Research mendapati jus daripada biji delima kaya dengan antioksidan.

Menurut kajian, antioksidan menyokong aliran darah, membantu memperbaiki disfungsi erektil. Selain itu, kajian pada haiwan tertentu juga menunjukkan bahawa buah ini meningkatkan tindak balas erektil jangka panjang.

Baca juga: 7 Posisi Senggama Orang Perempuan Paling Suka, Tak Payah Malu-Malu Minta Suami Cuba!

Baca juga: Bacaan Suami Isteri, Ini 3 Bahagian Badan Paling Sesuai Buat Love Bite, Boleh Cuba!

cara tingkatkan ghairah seks

Gambar: freepik

4. Pisang

Menurut dari Eat This Not That!, pisang kaya dengan kalium, sebatian yang sangat penting bagi tubuh. Menurut Persatuan Jantung Amerika, kalium boleh membantu menurunkan tekanan darah, yang boleh meningkatkan prestasi seksual. Ini akan memastikan aliran darah yang lancar ke bahagian-bahagian tertentu, termasuk alat kelamin.

5. Tembikai

Tembikai kaya dengan L-citrulline yang ditukar kepada L-arginine dalam badan. Menurut pakar, L-arginine boleh membantu ereksi lebih kuat. Kompaun ini merangsang pengeluaran nitrik oksida, yang meningkatkan aliran darah ke zakar yang boleh menguatkan ereksi.

6. Epal

Kajian menunjukkan bahawa epal boleh membantu pasangan melakukan hubungan seks. Memetik Financial Express, epal kaya dengan quercetin, sejenis flavonoid yang boleh memainkan peranan penting dalam meningkatkan peredaran darah, merawat disfungsi erektil dan merawat gejala prostatitis.

Satu kajian 2016 mendedahkan bahawa mereka yang mengambil lebih banyak epal melaporkan pengurangan 14 peratus dalam disfungsi erektil. Menurut pakar, diet yang kaya dengan flavonoid bukan sahaja dapat meningkatkan kesihatan secara keseluruhan, tetapi juga dapat meningkatkan kehidupan seks anda.

Baca juga: Ini 3 Punca Suami Lambat Pancut Sampai Isteri Penat Menunggu, Penyakit Ini Ramai Tak Tahu!

Sumber: CNN Indonesia

FT Image: lookstudio

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×