Dalam hubungan seks, jangan pernah beranggapan bahawa ukuran zakar yang lebih besar menjamin kepuasan yang lebih baik. Seks yang baik bukanlah tentang saiz zakar, tetapi tentang apa yang anda boleh lakukan dengan apa yang anda ada.
Tidak kira saiz zakar anda, tidak ada salahnya untuk cuba melakukan lebih baik di atas katil. Zakar kecil atau besar, mengikut kehendak pasangan anda dan cuba mengekalkan perkara yang menarik akan sentiasa menjadi kelebihan di dalam bilik tidur.
Baca juga: 5 Doa Suami Isteri Ketika Bersetubuh, Ingat Keluar Air Mani Kena Baca Doa No. 3!
SAIZ ZAKAR KECIL
“Secara anekdot, saya pernah mendengar bahawa orang yang mempunyai zakar kecil lebih baik di tempat tidur kerana mereka berusaha lebih keras”, kata Holly Richmond, seorang terapis seks, pernikahan dan keluarga yang bertauliah, memetik dari Men’s Health.
Berikut adalah beberapa kedudukan seks terbaik untuk lelaki dengan saiz zakar kecil yang dikumpulkan dari pelbagai sumber.
1. Doggy style
Doggy style adalah posisi untuk zakar kecil yang sempurna, kerana ia memudahkan penembusan (penetrasi) yang mendalam sehingga dapat memanfaatkan keseluruhan panjang zakar.
Bagi melakukan posisi seks ini, badan isteri perlu berada pada kedudukan menonggeng semasa suami menembusi dari belakang. Pegang punggung, pinggang atau rambut isteri (jika pasangan bersetuju untuk menariknya sedikit) sebagai kawalan dan pengaruh tambahan.
Doggy ialah kegemaran sejagat untuk semua saiz zakar kerana ia mudah dikuasai dan memberikan lelaki pandangan yang hebat tentang punggung wanita. Malah, membiarkan tangan lelaki bebas untuk memberikan rangsangan tambahan pada kelentit, buah zakar atau puting.
Menurut pakar, doggy style memberi kelebihan kepada lelaki dalam mengawal kelajuan dan corak tujahan untuk penembusan dan keseronokan maksimum.
Baca juga: 5 Tips Goda Pasangan Edisi Malam Jumaat, Sampai Esok Fikiran Melayang Sebab Terbayang!
2. Face-off (saling bersemuka)
Posisi ini amat sesuai untuk lelaki yang mempunyai zakar kecil. Hal ini kerana, ia bukan mengenai penembusan “masuk dan keluar”, tetapi lebih kepada “menggoyangkan” semasa berada dalam pelukan pasangan.
Kelebihan lain dalam posisi face-off ialah ia membolehkan kalian berdua berciuman, berpelukan dan membelai zon sensitif seksual pasangan.
Cara melakukannya ialah suami duduk di tempat yang selesa dan minta isteri naik ke atas riba sambil kalian saling bersemuka. Ketika isteri dalam kedudukan mengangkang, suami boleh melakukan tujahan.
Sementara itu, isteri juga boleh menggunakan kaki dan tangan untuk menggerakkan badannya, manakala suami membantu menampung punggung pasangan dengan tangan.
3. The little dipper
Kata pakar, posisi little dipper membolehkan penembusan yang mendalam dan akses mudah untuk rangsangan klitoris. Di mana, faraj mempunyai hujung saraf yang jauh lebih sedikit daripada klitoris, yang hanya dirangsang secara berselang-seli dalam kebanyakan posisi hubungan seksual biasa.
Itulah sebabnya kedudukan yang membolehkan rangsangan klitoris dan penembusan faraj yang mendalam seperti little dipper adalah sesuai untuk lelaki yang mempunyai zakar lebih kecil.
Cara melakukannya, suami berbaring telentang di bawah, sementara isteri berada di atas suami dengan menggunakan perabot seks di sekitar untuk menahan badannya supaya hanya pelvis yang bersentuhan.
Jika dilakukan dengan betul, lelaki akan berada dalam formasi berbentuk T semasa melakukan penembusan.
Baca juga: Papa & Mama Cuba 3 Posisi Seks Ini Untuk Dapatkan Bayi ‘Puteri’, Bukan Semua Posisi Sesuai!
4. Cowgirl
Terdapat banyak variasi posisi cowgirl di luar sana dan sukar untuk mencadangkan satu sahaja kerana ia bergantung kepada saiz zakar lelaki.
Cowgirl klasik atau partner-on-top sentiasa menjadi permulaan yang baik. Suami hanya berbaring sambil pasangan (menghadap muka satu sama lain) mengangkangi dari atas badan anda untuk anda melakukan tujahan.
Daripada rangsangan klitoris yang serta-merta berlaku hingga kepuasan pasangan anda, cowgirl akan selama-lamanya menjadi salah satu posisi seks terbaik sepanjang masa.
5. Stand and deliver
Posisi ini juga dikenali sebagai Bicycle. Stand and Deliver membolehkan penembusan yang sangat dalam.
Isteri berbaring telentang dan angkat kaki ke dada supaya lutut dibengkokkan seolah-olah sedang melakukan senaman “berbasikal”. Dari situ, suami pegang pergelangan kaki isteri dan melakukan tujahan.
Ini adalah satu lagi kedudukan yang membolehkan penembusan dalam dan rangsangan klitoris manual, kata pakar. Ia cukup mudah untuk dilakukan sama ada di dalam bilik tidur atau di sofa.
Baca juga: Sapu Baby Oil Sebagai ‘Pelincir’ Suami Isteri, Hati-Hati Dengan 5 Risiko Ini!
Sumber: CNN Indonesia
FT Image: maizalchaniago77