Suami Isteri

5 Tips Goda Pasangan Edisi Malam Jumaat, Sampai Esok Fikiran Melayang Sebab Terbayang!

16
SHARES
tips goda pasangan

Malam Jumaat merupakan malam yang penuh barakah untuk memperbanyakkan amalan sunat. Antaranya adalah melakukan hubungan suami isteri di ranjang. Justeru itu, terdapat lima tips goda pasangan yang ingin penulis cadangkan bagi menghangatkan lagi malam Jumaat anda. Jom baca di bawah!

Baca juga: Walaupun Bekerjaya Masa Dengan Keluarga No.1, Kerja Rumah Sampai Bila Pun Tak Habis!

TIPS GODA PASANGAN PADA MALAM JUMAAT

tips goda pasangan

Gambar: freepik

1. Goda pasangan sepanjang hari

Tibanya hari Khamis malam Jumaat, hari yang ditunggu setiap minggu untuk bercinta lebih hangat di ranjang. Jadi, sepanjang hari tersebut boleh dah tukar ‘gatal’ pada gear 4.

Mulakan sesi menggoda anda dengan pasangan melalui mesej yang berbunyi nakal atau dirty talk. Ia adalah sebahagian daripada foreplay pemanas badan yang boleh meningkatkan mood pada waktu malam nanti!

2. Berwangian dan pakaian cantik

Melaram diri dan memakai pakaian yang cantik ketika berada di dalam rumah untuk ditatapi pasangan adalah tindakan yang digalakkan. Pilihlah stail yang berupaya menggoda pasangan anda, di mana hanya kalian berdua sahaja yang tahu titik sensitif antara satu sama lain.

Jangan lupa juga untuk sembur minyak wangi dan pakai losyen badan ya, barulah mood berasmara itu lebih asyik!

Baca juga: Si Dia Putuskan Tunang, Batal Kahwin Tanpa Sebab Munasabah? Failkan Tuntutan Ganti Rugi!

3. Cuba posisi-posisi baru

Terdapat banyak posisi seks yang boleh dicuba selain daripada posisi biasa yang kalian lakukan bersama. Melakukan perbezaan teknik setiap kali berhubungan seks dapat menimbulkan perasaan teruja dan tertunggu-tunggu pada pasangan setiap kali ingin berasmara.

Barulah lain macam sikit malam Jumaat anda. Jadi, kalau tak tahu posisi seks apa yang ada, baca di sini.

4. Guna permainan dan prop

Tips goda pasangan pada malam Jumaat yang seterusnya adalah membawa pelbagai mainan seks (sex toys) di atas ranjang. Ada pelbagai jenis permainan seks yang mudah didapati di pasaran. Paling penting, berhati-hati ketika menggunakannya.

5. Elak buka semua baju

Elak buka semua baju sebelum memulakan hubungan seks dapat memercikkan perasaan berdebar di antara kalian berdua. Di mana, malam Jumaat anda akan jadi lebih menyeronokkan.

Orang putih kata step-by-step, mulakan dengan foreplay seperti bercumbu dan meraba tubuh sambil membuka satu persatu baju pasangan. Selitkan juga ‘trick’ yang nakal barulah lebih mengujakan malam Jumaat kalian berdua!

Baca juga: Sapu Baby Oil Sebagai ‘Pelincir’ Suami Isteri, Hati-Hati Dengan 5 Risiko Ini!

Sumber: The Asian Parent /

FT Image: freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×