Sihat

Urutan Zakar Teknik Jelqing Buat Abang ‘Punya’ Jadi Besar & Ereksi Tahan Lama!

3
SHARES
urutan zakar teknik jelqing

Zakar pada lelaki merupakan aset yang sangat bernilai. Maka, tidak hairan sekiranya kaum lelaki menginginkan zakar bersaiz besar dan ereksi bertahan lama kerana percaya ia sebagai lambang kegagahan dan nilai maskulin. Namun, tahukah anda, urutan zakar teknik jelqing merupakan salah satu cara untuk memperoleh zakar yang besar dan ereksi kekal lama?

Mari ikuti butirannya di bawah tentang info teknik jelqing dan langkah-langkah urutan zakar teknik jelqing yang dirujuk dari laman portal Hello Doktor.

Baca juga: Cara Basuh Kemaluan Lelaki & Perempuan Menurut Islam, Beribadat Pun Tak Rasa Was Was

URUTAN ZAKAR TEKNIK JELQING

urutan zakar teknik jelqing

Gambar: privategym

Info mengenai teknik Jelqing urutan zakar

Buat pengetahuan semua, teknik Jelqing adalah sejenis teknik mengurut zakar yang melibatkan urutan dan regangan zakar (mirip perbuatan melancap) bermula di bahagian tengah zakar (ketika tegang). Di mana, melalui penggunaan daya yang sederhana atau sedikit kuat, teknik ini akan mengakibatkan kekoyakkan tisu pada skala mikro pada tisu dalaman zakar (micro-tear).

Matlamat teknik Jelqing urutan zakar adalah untuk:

  • menggalakkan penghantaran darah yang kaya dengan nutrien kepada bahagian zakar,
  • membantu proses pemulihan otot zakar (yang secara teorinya akan menjadikan saiz zakar lebih besar),
  • selain menggalakkan darah mudah berkumpul untuk ereksi yang lebih besar dan panjang.

Menurut Hello Doktor, teknik pegangan atau genggaman zakar adalah kunci kepada kejayaan atau kualiti kepada teknik urut zakar Jelqing. Anda perlu menggunakan kedua-dua belah tangan sewaktu menggunakan teknik urutan ini pada zakar, ia sedikit berbeza dengan genggaman satu tangan yang digunakan ketika lelaki melancap.

Cara menggengam zakar adalah dengan membuat bentuk ‘OK’ dan genggam zakar anda dalam lubang tersebut.

Baca juga: Bukan Semua KAKI SEJUK Itu Normal, Rupanya Ada Penyakit! Cuba Pastikan Dulu

LANGKAH URUT ZAKAR TEKNIK JELQING

urutan zakar teknik jelqing

Gambar: Hello Doktor

Fasa persediaan (warm-um routine):

  1. Mandi air panas atau sedikit suam.
  2. Dapatkan zakar anda dalam keadaan separa tegang (belum mencapai ereksi penuh).
  3. Balutkan zakar anda menggunakan tuala suam dalam tempoh sekitar 15 minit.

Fasa urut zakar teknik Jelqing:

  1. Sapukan cecair pelincir berasaskan air pada zakar.
  2. Buat simbol “OK” menggunakan jari telunjuk dan ibu jari (bahagian tangan kanan).
  3. Genggam zakar anda di bahagian yang paling dekat dengan perut/tulang pelvis anda (bahagian tunjang zakar).
  4. Sambil mengekalkan kekuatan genggaman, gerakan genggaman ini perlahan-lahan ke bahagian depan atau hujung zakar anda atau bahagian pembahagi (jika anda berkhatan). Pergerakan ini perlu berlaku dalam tempo yang perlahan, mengambil masa sekitar 3 saat dari dasar zakar ke bahagian hujung. Sekiranya anda rasa tidak selesa apabila sampai ke bahagian kepala zakar, elakkan atau jangan menggenggam terlalu kuat di bahagian tersebut.
  5. Tangan kiri anda seterunya akan melakukan kitaran yang sama (bermula daripada langkah 2 hingga langkah 4).
  6. Teruskan bertukar tangan sehingga anda telah mencapai sekitar 50 kitaran. Anda mungkin memerlukan bantuan pasangan anda dan bergilir-gilir melakukan teknik urut zakar ini jika anda tidak ingin terlalu penat.
  7. Jika anda ingin mencuba untuk kali pertama, mulakan dahulu dengan kitaran yang lebih rendah (20 kitaran) agar zakar anda mampu untuk bersedia dan menyuaikan tekanan daripada genggaman. Anda boleh perlahan-lahan tingkatkan bilangan kitaran Jelqing pada sesi-sesi berikutnya apabila dan sudah selesa dan mampu menahan teknik urut zakar ini.

Fasa penyudah (cool-down routine):

  1. Dapatkan tuala atau secebis pakaian yang boleh menyerap haba air, rendamnya dalam air sedikit panas atau suam.
  2. Balutkan tuala atau kain tersebut tadi pada zakar anda.
  3. Berehat dan biarkan balutan pada zakar anda itu untuk tempoh sekitar 5 hingga 10 minit.

Selain itu, kalau anda nak tahu terdapat satu lagi variasi dalam teknik urut zakar ini. Jika yang di atas menggunakan genggaman “O”, variasi yang disebut sebagai ‘pincher’ ini membabitkan genggaman seperti cubitan.

Ibu jari di letak di bahagian bawah zakar, manakala jari telunjuk diletakkan di bahagian atas. Seperti dalam teknik “O”, posisi genggaman ini digerakan daripada dasar zakar hinggalah ke bahagian hujung.

Baca juga: Petua Rawat Masalah Buasir Ketika Hamil, Hanya Guna Putik Kelapa Muda Je!

Adakah teknik Jelqing berkesan?

urutan zakar teknik jelqing

Gambar: andranik.h90

Ada berlakunya perselisihan dari pakar mengenai teknik Jelqing ini.

Menurut Hello Doktor, terdapat pakar seks dan juga segelintir daripada mereka pernah mencuba mengatakan, ianya berkesan bukan sahaja untuk meningkatkan saiz dan ukuran zakar, bahkan prestasi tahan lama zakar mereka ketika melakukan seks.

Secara teorinya, teknik urut zakar Jelqing ini adalah sejenis senaman. Senaman yang kerap kepada zakar membantu untuk melatih zakar untuk menampung darah dan juga mengekalkan ereksi.

Di sebalik beberapa testimoni dan pembuktian melalui anekdot, tiada bukti saintifik melalui kajian rapi yang menyokong dapatan ini. Bahkan, pembesaran zakar dan peningkatan prestasi seks melalui kaedah ini dikatakan tidak masuk akal secara biologinya dan disifatkan sebagai mitos kesihatan.

Tambahan lagi, terdapat juga doktor yang menasihati agar anda elak melakukannya kerana risiko kerosakan struktur dalaman dan tisu-tisu zakar.

Kesimpulan

Hello Doktor menyatakan, hakikat prestasi dan kesihatan zakar sebenarnya bergantung kepada gaya hidup yang sihat, yakni gaya hidup yang berteraskan pemakanan yang seimbang dan juga senaman yang kerap.

Tambahan kepada langkah yang disebut tadi, tidur yang mencukupi serta pengurusan stres yang baik juga membantu untuk meningkatkan prestasi seksual zakar anda.

Baca juga: 11 Manfaat Hubungan Intim Di Waktu Pagi, Lebih Tahan Lama & Bakar Kalori Lebih Banyak, WOW!

Sumber: Hello Doktor

FT Image: alexgrec

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×