Sihat

Ohhh! Rupanya Ada 7 Bentuk Bebird Lelaki, Jadi Anda Yang Mana Satu?

58
SHARES
bentuk zakar

Pakar dalam bidang seks telah mendedahkan terdapat tujuh bentuk zakar lelaki yang telah dikenal pasti. Ia termasuklah bentuk seakan tukul, kon dan pensel. Jadi, yang manakah bentuk milik anda?

Mari lihat perincian di bawah oleh Darren Breen, Pengarah Urusan iMEDicare Ltd, peruncit British yang membekalkan aksesori untuk disfungsi erektil, yang mendedahkan bahawa terdapat tujuh jenis bentuk zakar.

Baca juga: Semak Warna Vagina Orang Perempuan & Penyebab Miss V Jadi Hitam, Jom Ambil Tahu!

BENTUK ZAKAR

bentuk zakar

Darren berkongsi bentuk zakar utama yang ditemuinya sejak memasuki industri ini pada 1996, termasuk seakan bentuk ‘pisang’. Ia kelihatan agak unik, yang menurutnya boleh disebabkan oleh kecederaan fizikal atau genetik. Mari lihat senarai bentuk lain di bawah.

INI 7 JENIS BENTUK ZAKAR UNTUK ANDA TAHU

1. BENTUK PENSEL

bentuk zakar

Darren Breen mendedahkan terdapat tujuh bentuk zakar.

Darren menyifatkan zakar bentuk ‘pensel’ mempunyai batang yang panjang dan nipis dengan glans sempit (kepala zakar yang lebih bulat). Katanya, panjang zakar ini boleh berjulat sangat besar tetapi ia sangat panjang dan biasanya lebih nipis daripada kebiasaannya.

2. BENTUK LADA

bentuk zakar

Darren mendedahkan zakar berbentuk lada, mempunyai saiz panjang yang luar biasa pendek iaitu 3-4 inci, tetapi sangat tebal.

3. BENTUK KON AISKRIM

bentuk zakar

Darren menggambarkan bentuk zakar ini sebagai lebih bermasalah. Katanya, bentuk ‘kon’ dilihat bergaris lurus yang menyempit hingga ke kepala zakar.

Kadang-kadang kondisi ini boleh dikaitkan dengan Phimosis. Phimosis ialah keadaan dimana kulup terlalu sempit (lubang pembukaan terlalu kecil) menyebabkan kulup sukar atau tidak dapat ditarik kebelakang.

Oleh yang demikian, apabila zakar menjadi tegang, kulup tidak akan bergerak ke belakang. Ini akan atau boleh menyebabkan kesakitan.

4. BENTUK PISANG

bentuk zakar

Zakar berbentuk ‘pisang’ mempunyai lengkung ke kiri atau kanan. Sama ada ia terbentuk secara semula jadi atau disebabkan oleh kecederaan.

Tambah Darren, ini boleh menjadi lengkung kongenital iaitu mereka yang dilahirkan dengannya, atau kerana penyakit Peyronie. Peyronie adalah sejenis penyakit yang berlaku akibat kerosakan pada tisu zakar lantas menyebabkan ia bengkok dan sakit ketika mengalami ereksi.

5. BENTUK TUKUL

bentuk zakar

Darren menggambarkan bentuk ‘tukul’, mempunyai batang zakar yang lebih langsing sepanjang menuju ke kepala zakar yang lebih lebar. Mempunyai tapak sempit melebar ke glans yang sangat lebar, di mana graviti menjadikannya lebih sukar bagi zakar tegang semasa ereksi.

6. BENTUK SOSEJ

bentuk zakar

Bentuk ‘sosej’ merupakan bentuk zakar yang paling biasa, menurut Darren. Bentuk ini adalah ketebalan dan panjang yang standard dengan lilitan yang agak biasa.

7. BENTUK TIMUN

bentuk zakar

Bentuk ‘timun’ dikatakan mempunyai saiz tebal dari batang hingga ke hujung dengan mempunyai panjang yang elok. Ia agak tebal berbanding zakar yang biasa dan kebiasaannya dalam 5 ke 8 inci.

Sumber: Daily Mail UK

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×