Sihat

Semak Warna Vagina Orang Perempuan & Penyebab Miss V Jadi Hitam, Jom Ambil Tahu!

19
SHARES
warna vagina

Sehingga kini, perihal mengenai organ intim wanita iaitu vagina, mungkin masih lagi taboo untuk diperkatakan secara terbuka sebagai topik bualan harian. Disebabkan itu, mungkin terdapat dari kalangan wanita yang pernah terfikir mengenai warna vagina dirinya. Adakah ia normal, sihat dan bagaimana pula tanda tidak sihat?

Umumnya, labia major yang ada di bahagian luar vagina berwarna lebih gelap dibandingkan dengan kulit di sekitarnya.

Bukan hanya itu sahaja, warna vagina atau bahagian luar yang dinamakan vulva juga boleh menjadi lebih gelap ketika seseorang terangsang. Hal ini terjadi karena, aliran darah ke bahagian itu meningkat.

Baca juga: Ini Tips Kesan Makanan Basi, Hati-Hati Jangan Sampai Duduk Hospital!

WARNA VAGINA

warna vagina

Umum perlu tahu mengenai bahagian pada alat sulit wanita dengan lebih terperinci. Vagina yang dimaksudkan dalam penulisan kali ini adalah bahagian bernama vulva.

Vulva adalah bahagian luar dari vagina yang boleh dilihat dengan mudah, di mana ia merupakan tempat bulu tumbuh. Sementara vagina adalah saluran di bahagian dalam yang merupakan laluan bayi saat proses kelahiran.

Warna vagina seseorang itu boleh berbeza dari merah jambu hingga merah kecoklatan. Bahkan, warna vagina anda boleh berubah dari waktu ke waktu.

Terdapat beberapa jenis warna vagina seperti di bawah.

WARNA VAGINA SIHAT

1. MERAH JAMBU

Vagina wanita berkulit cerah, kebiasaannya adalah merah jambu pastel dan diikuti warna kulit di sekitarnya.

2. KEMERAHAN

Sewaktu wanita terangsang, warna vagina akan berubah menjadi kemerahan yang gelap kerana aliran darah ke kawasan kewanitaan menjadi lebih cepat.

3. MERAH KECOKLATAN

Bagi wanita kulitnya cenderung ke arah coklat, gelap atau hitam manis, kadang-kadang warna vagina akan seperti merah kecoklatan namun sedikit pucat.

Anda juga perlu tahu, mencukur bulu pada kemaluan tidak akan mengubah warna vagina secara ketara. Vagina mungkin kelihatan sedikit terang oleh kerana ia sudah tidak tersembunyi di sebalik bulu kemaluan anda.

Bagaimana pula dengan warna vagina yang hitam? Warna miss V yang hitam boleh menimbulkan rasa khuatir. Mari ketahui penyebab vagina berwarna hitam.

WARNA VAGINA HITAM, NORMAL KE?

warna vagina

Seiring bertambahnya usia wanita, banyak anggota pada tubuhnya yang berubah. Salah satu hal yang boleh terjadi adalah warna kulit di kawasan vulva yang semakin menggelap.

Keadaan kulit vagina hitam tidak terjadi dalam semalaman, tetapi secara berperingkat tanpa anda sedari. Justeru itu, mari ketahui beberapa penyebab yang membuatkan vagina menajdi hitam.

1. JANGKITAN VAGINA

Vagina termasuk bahagian tubuh yang sensitif dan mudah dijangkiti dari waktu ke waktu. Kondisi tertentu yang memengaruhi kawasan di sekitar vulva dapat menyebabkan berwarna gelap di sekitar kawasan tersebut.

2. SINDROM OVARI POLISISTIK (PCOS)

Wanita yang mengalami PCOS turut mengalami perubahan warna pada kulit vulva. Penyakit PCOS boleh memengaruhi kadar hormon wanita. Wanita dengan PCOS akan menghasilkan hormon lelaki yang lebih tinggi berbanding kadar normal.

Ketidakseimbangan hormon ini dapat membuatkan kitaran haid tidak lancar, sehingga lebih sukar untuk hamil.

3. FAKTOR GESEREN

Penyebab paling umum, warna vagina kegelapan adalah faktor geseran. Hal ini disebabkan oleh, pakaian dalam yang terlalu ketat, saiz yang tidak betul dan kurangnya pengaliran udara yang baik di kawasan tersebut.

Selain itu, sering menggosok di kawasan vulva juga dapat menyebabkan penggelapan warna kulit.

4. FAKTOR USIA

Seiring bertambahnya usia, warna di kawasan kelamin akan bertambah gelap. Hal ini disebabkan oleh kulit yang telah mengalami trauma berulang-ulang seperti geseren atau telah melalui banyak perubahan hormon.

5. TERLALU KERAP MENCUKUR BULU KEMALUAN

Terlalu kerap mencukur bulu kemaluan, ternyata dapat membuat kulit miss V menjadi hitam. Hal ini disebabkan karena kemungkinan adanya kerengsaan dan akar rambut yang tertarik saat proses mencukur.

Di mana, sehingga ia memengaruhi keadaan pembuluh darah di bawah kulit.

6. KERENGSAAN PADA BAHAN SABUN ATAU PENCUCI ALAT SULIT WANITA

Penggunaan sabun yang salah dapat membuat kulit di daerah kelamin menjadi lebih gelap. Sebenarnya, hanya air bersih yang perlu digunakan untuk membersihkan kawasan itu, tidak perlu sabun pun.

KESIMPULAN

Sangat normal jika kulit vagina anda hitam. Penggelapan ini disebut juga dengan hiperpigmentasi. Kaedah atau cara memutihkan miss V sebenarnya tidak perlu dilakukan.

Kebanyakan wanita selepas baligh memang cenderung memiliki kulit di kawasan kemaluan yang lebih gelap.

Tambahan pula, warna vagina bervariasi pada setiap wanita. Tidak ada warna normal di kawasan ini. Hanya sahaja memang cenderung lebih gelap.

Tidak perlu khuatir jika warna vagina anda lebih hitam berbanding di kawasan lainnya. Namun, jika vagina hitam disertai dengan rasa gatal atau jangkitan di kawasan sekitarnya, segeralah membuat pemeriksaan di hospital.

Sumber: Sehat Q / Klik Dokter

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×