Dapur

Ini Tips Kesan Makanan Basi, Hati-Hati Jangan Sampai Duduk Hospital!

8
SHARES
ciri-ciri makanan basi

Apabila makanan yang segar mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan, di mana ia berbeza dari bau asalnya, maka jangan dimakan! Itu merupakan salah satu ciri-ciri makanan basi.

Makanan yang telah basi kalau sudah dihadam ke dalam perut, alamatnya badan anda sendiri yang akan tersiksa. Kesannya juga boleh membawa anda duduk lama dalam hospital. Justeru itu, mari ketahui ciri-ciri makanan basi dan jenis-jenis makanan yang cepat basi.

Baca juga: Ini Tanda-Tanda Air Mani Encik Suami Sihat, Wow Kena ‘Check’ Ni!

TIPS MENGETAHUI MAKANAN TELAH BASI

ciri-ciri makanan basi

CIRI-CIRI MAKANAN BASI

1. MENGELUARKAN BAU KURANG ENAK DARI MAKANAN

Makanan yang masih segar atau baru akan mengeluarkan bau yang khusus dan sedap. Berbeza pula jika makanan itu sudah lama tidak dimakan.

Makanan yang dibiarkan lama dalam tempoh tertentu akan mengeluarkan bau kurang enak atau busuk. Bau yang muncul, kebiasaannya adalah cukup menyengat sehingga anda boleh tahu ia sudah tidak elok.

Ikan merupakan makanan yang sering mengeluarkan bau busuk apabila ia basi.

2. KELIHATAN BERLENDIR

Bukan semua makanan yang basi akan mengeluarkan lendir. Kebiasaannya, makanan yang mengeluarkan lendir apabila basi adalah jenis yang bersantan.

Contohnya seperti masak gulai atau lauk kari. Kandungan santan inilah yang menyebabkan makanan mudah basi dan mengeluarkan lendir apabila basi.

3. RASA MAKANAN MENJADI MASAM

Makanan yang sudah basi boleh juga dikesan dari perubahan rasa. Kebiasaannya, perubahan rasa ini terjadi pada lauk-pauk. Hidangan yang sudah lama tidak dimakan setelah dimasak, rasanya akan berubah menjadi masam setelah ia basi.

4. MUNCUL KULAT PADA MAKANAN

ciri-ciri makanan basi

Secara umumnya, kulat yang muncul pada makanan basi adalah berwarna hitam atau merah. Saiznya sangat kecil.

Kulat muncul disebabkan oleh terdapat sisa metabolisme bakteria pada makanan. Hindari makanan yang mempunyai kulat. Makanan yang sering mempunyai kulat apabila basi adalah kuih, kek, roti dan sebagainya.

5. WARNA MAKANAN BERUBAH

Anda juga boleh mengetahui makanan itu basi atau tidak dari perubahan warnanya. Makanan yang masih baru atau segar akan memiliki warna yang masih ‘fresh’.

Apabila basi, makanan ini akan berubah warna menjadi pucat atau warnanya tidak segar.

ANTARA MAKANAN YANG MUDAH BASI

  • Telur
  • Santan
  • Daging mentah
  • Yogurt

Kebiasaannya, ramai yang sering berulang-ulang masak sesuatu hidangan itu bagi mengelak ia menjadi basi. Namun, sebenarnya makanan yang terus dimasak berkali-kali tidak baik untuk kesihatan.

Sekiranya, anda menyimpan makanan dalam tempoh yang sangat lama, lebih baik ia tidak dimakan. Jadi, pastikan anda periksa keadaan makanan sebelum ia masuk ke dalam tubuh.

Maka, bersegeralah buang makanan yang telah mempunyai ciri-ciri basi.

Sumber: Royal Snack Box

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×