Famili

Jaga Adab Bila Orang Bawa Makanan Bau Kurang Enak, Jangan Sampai Terhina Rezeki Tuhan!

67
SHARES
jaga adab bila bercakap

Ketahuilah, pentingnya untuk jaga adab bila bercakap walaupun anda sendiri tidak menyukainya. Perkara ini termasuklah menghormati makanan kegemaran orang lain, biarpun ia mengeluarkan bau kurang enak seperti menusuk. Nak buat macam mana, makanan yang azalinya mempunyai bau seperti itu sememangnya tidak dapat dielakkan.

Sebagaimana perkongsian kisah penuh tauladan dari Siti Suryani Yaakop ini, itulah realiti yang berlaku dan tanpa sedar komen yang diberikan membuatkan insan lain berjauh hati. Mari ikuti kisah dibawah dengan lebih lanjut dan juga langkah boleh diambil sekiranya makanan dibawa tetamu ke rumah anda sudah basi.

Baca juga: #ProjekMimpi: Pejuang Pesakit Mental Ingin Buka Studio Seni Bantu Hadapi Isu Kesihatan Ini

JAGA ADAB BILA BERCAKAP

jaga adab bila bercakap

Gambar: adobestock

“Sorry la. Tak makan ikan sungai. Hanyir.”

“Aku takkan makan petai plastik tu. Hancing.”

“Eiii…kuatnya bau tempoyak ni. Pening.”

“Makanan sini semua tak sedap. Tak puas hati langsung aku.”

“Ikan jenis macam tu aku bagi kucing aku je makan.”

Ada. Memang ada orang macam ini. Apa saja yang dia punya, bagus. Apa saja yang orang ada, tak elok. Menghinanya itu bukan setakat terhenti pada sifat dan barang, lalu akhirnya jatuh pada menghina rezeki Tuhan. Makanan.

Baca juga: #Projek Mimpi: Isteri Hebat Ini Nak Bantu Suami OKU Kerja Angkut Sampah Ada Troli Khas!

Akibat terlepas cakap

Saya ingat lagi seorang kawan ini, suka makan rebung. Satu hari masa dia tengah makan dekat dalam pantri, ada kawan lain masuk. Kawan yang ini kata,

“Eh…apa bau hancing ni?”

Saya tengok kawan ini tutup bekas makanan dia, perlahan-lahan pergi buang dalam tong. Lepas itu setiap kali makan, dia duduk di kaunter atau kantin. Makan sorang-sorang, malu nak join makan dalam pantri lagi.

Langkah boleh ambil sekiranya lauk dibawa tetamu sudah basi tanpa kecilkan hatinya

Dulu ada orang datang rumah ayah. Dia bawa makanan 2-3 bekas dari kampung dan suruh panaskan untuk ajak makan sama-sama.

Masa nak panaskan tu, salah satunya basi. Saya tengok ayah ambil, simpan dekat tempat beku. Masa dia tanya mana lagi satu lauk, ayah saya buka peti dan tunjuk makanan dekat tempat beku tu.

“Ini lauk dah banyak, yang ini simpan tempat beku. Ni favourite ni, nanti aku panaskan sikit-sikit kendian nanti.”

Bila orang itu dah balik, baru ayah buang lauk yang dah basi tu.

Baca juga: 5 Tips Sentiasa Tenang Bila Duit Makin Susut, Baca Doa & Zikir Ini!

Sebab disebalik ayah tak bercakap jujur makanan tersebut dah basi rupanya…

Dulu saya tak faham. Kenapa tak cakap jujur je makanan itu basi, kan berkata benar itu benar.

Sekarang bila saya dah tahu masak. Dah tahu penatnya masak. Dah tahu penatnya cari duit untuk beli barang masak. Dah tahu masak itu bukan setakat masak tapi ada ingatan, kasih sayang, panas, letih dan semuanya, saya faham. Apa yang ayah buat itu betul.

Kita ada baki sikit pun makanan yang kita masak dah tak elok, sayang dan sedih rasa nak buang. Apatah lagi kalau makanan satu bekas dah rosak.

Tentu orang itu pun akan suruh buang kalau tahu makanan itu basi. Pasti dia tak teragak-agak suruh letak dalam tong sampah.

Tapi memikirkan susah payah, ingatan, seronoknya, bahagianya dia masak nak bagi orang jauh ini makan, menjaga hati dia adalah pilihan yang lebih baik pada masa itu.

Orang punya makanan kalau tak sedap simpan saja dalam hati

Sifat ayah itu menjadikan kami rasa semua makanan sedap. Tak ada yang tak sedap. Semua okay. Masin, tawar, manis, pahit, cukuplah rasa di tekak. Lalu simpan di hati.

Suka, makan. Tak suka, sorok-sorok letak tepi. Ada benda, kena belajar tahan mulut kita lagi-lagi benda milik orang. Yang kita, suka hati kitalah kita nak complain apa. Yang orang punya, tahanlah. Jangan sebut.

Itulah akhirnya tanda kita orang yang memiliki adab dan peribadi.

Baca juga: “Macam Mana Nak Cuba Sayang Diri, Ya?” Buat 5 Tips Ajaib Ini, Rasa Gembira & Damai Yang Dicari!

Sumber: Siti Suryani Yaakop

FT Image: TimesOfIndia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×