Dapur

Rupanya Banyak Manfaat Rebung, Boleh Turunkan Kolesterol & Kulit Kekal Cantik!

45
SHARES

Rebung buluh merujuk kepada pucuk buluh yang muda dan masih lembut. Di Asia, ia biasanya ambil dan dipotong untuk dimasak sebagai lauk. Contohnya gulai rebung, salad dan sayur lodeh.

Banyak kelebihan rebung yang tidak semua masyarakat tahu. Melalui perkongsian dari Doktor Rizal Abu Bakar, terdapat 62 kajian telah mengesahkan rebung dapat menurunkan kolesterol. Selain bagus untuk kulit dan bantu usus kerana bertindak sebagai prebiotik.

Baca juga: Resepi Bergedil Daging Versi Rendah Karbo/Keto, Dulu Berat 130Kg Kini 65Kg!

BOLEH CUBA BELAJAR MAKAN REBUNG SELEPAS INI…

Nyum nyum. Pekena salad orang Melayu pagi pagi pun mantap. Kasi terangkat sikit dengan gabungan rebung, tauge, kerang, dan kerisik.

Dah pernah try? Ini semua fresh. Boleh makan macam tu je.

ANTARA KHASIAT REBUNG

1. KAYA ANTI OKSIDA, COPPER, VITAMIN B6, & LAIN-LAIN

Rebung ni kaya dengan anti oksida, copper, vitamin B6, E, K, Riboflavin, Thiamine dan fosforus. Vitamin B6 saja terlibat dalam 140 biochemicals reaction dalam sel. Tak cukup vitamin sakitlah sikit tubuh.

2. MENGANDUNGI PREBIOTIK & TURUN KOLESTROL

Rebung ni bagus sangat untuk kulit, turunkan kolesterol dan bantu usus sebab bertindak sebagai prebiotik. Rebung juga bantu kuruskan badan. Ada 62 kajian sahkan hal boleh kurus ni. Kalau campur dengan MCT Oil makin cepat turun berat badan.

Bolehlah cuba masukkan dalam diet harian. Nanti dapatlah bonus kulit cantik, badan lentik tu.

3. BAIKI SISTEM PENGHADAMAN, CEGAH DIABETES & ANEMIA

Rebung juga baiki sistem penghadaman. Yang ada sembelit, elok sangat amal makan rebung. Bantu metabolisma badan. Cegah diabetes dan anemia. Kalau tak jumpa rebung. Boleh juga guna belimbing buluh.

Rebung ni boleh buat macam macam. Dahlah berkhasiat. Jarang orang sekarang makan rebung ni. Sebab susah nak jumpa. Tapi saya cari jugak sebab nakkan khasiatnya.

Rebung ni sedap buat salad atau buat rebung udang masak lemak cili padi. Fuhh sodap ni makan time hujan panas panas. Baru merecik!

RESEPI GULAI LEMAK UDANG CILI API + REBUNG

Nak masak lemak cili padi ni tak susah pun. Tak guna banyak bahan.

BAHAN-BAHAN:

  • Rebung fresh.
  • Udang (dicuci dan disiang).
  • Cili padi (ikut nak banyak mana ikut selera pedas).
  • 1 inci kunyit hidup.
  • Daun kunyit (mayang halus).
  • 1 batang serai.
  • Santan segar.
  • Asam keping.
  • Air secukupnya.
  • Garam bukit secukup rasa.

CARA PENYEDIAAN:

1. Tumbuk sekali kunyit dan cili padi sampai lumat.

2. Ketuk serai bagi lenyek sikit.

3. Masukkan bahan tumbuk tadi dalam periuk. Masukkan separuh santan, rebung dan asam keping. Didih guna api sederhana sampai menggelegak.

4. Baru masukkan udang. Kacau dan masukkan baki santan serta garam cukup rasa.

5. Biarkan selama 10 minit dan tutup api.

6. Sedia untuk dihidang.

Bolehlah cuba.

Sumber: Facebook DrRizal Abu Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×