Dapur

Resepi Bergedil Daging Versi Rendah Karbo/Keto, Dulu Berat 130Kg Kini 65Kg!

14
SHARES

Bergedil daging merupakan hidangan mudah untuk dihasilkan yang sedap dinikmati bersama sambal kicap atau sos mengikut selera penggemar. Kebiasaannya, isinya mengandungi campuran daging dan kentang.

Namun, pada kali ini resepinya agak unik di mana isi kentang telah digantikan dengan kubis bunga (cauliflower) yang sesuai untuk individu yang sedang mengamalkan diet rendah karbo/keto. Melalui perkongsian dari Puan Noorul Izzah Marzuki, satu adunan ini boleh menghasilkan 30 biji bergedil saiz sederhana kecil.

Baca juga: Resepi Nasi Dagang Ekspres, Tak Perlu Kukus Hanya Masak Cara Biasa!

BERGEDIL TANPA KENTANG, DIGANTIKAN DENGAN BAHAN LAIN…


Nak share resepi Bergedil Daging tapi versi rendah karbo/keto.

Ada kawan-kawan di sini yang amalkan diet rendah karbo/keto, boleh cuba resepi ni ya. Atau yang nak cuba bergedil tanpa guna kentang, boleh cuba resepi ini. Guna cauliflower gantikan kentang. Sedapp inshaAllah.

Saya dan suami amalkan diet rendah karbo dan IF, dulu berat saya daripada 130kg kini 65kg, berat suami dari 191kg kini 85kg Alhamdulillah. Sebelum ni ada juga pernah share resepi rendah karbo yang lain di sini.

1 adunan ni dapat dalam 30 pcs bergedil saiz sederhana kecil.

RESEPI BERGEDIL DAGING VERSI RENDAH KARBO/KETO

BAHAN-BAHAN:

  • 400g cauliflower/kobis bunga (gantikan kentang).
  • 3 ulas bawang merah didadu.
  • 3 ulas bawang putih didadu halus.
  • 400g daging kisar/burger daging yang dilembutkan suhu bilik.
  • Sedikit daun sup dihiris halus.
  • ½ sudu kecil serbuk blackpepper.
  • Sedikit garam pink himalaya.
  • 1 biji telur (saiz besar).
  • ¼ – ½ sudu kecil xanthan gum.
  • Sedikit bawang goreng.
  • 1-2 biji telur dikacau untuk salutan bila menggoreng.

CARA-CARA:

1. Potong cauliflower sederhana besar. Masakkan cauliflower dalam microwave sehingga masak.

Biasanya saya masak selama 3-4 minit. Boleh juga kukus sebentar. Tumbuk/hancurkan cauliflower atau guna food processor, blend halus. Saya tumbuk guna lesung je.

2. Tumis bawang. Masukkan daging kisar yang dilerai-leraikan dan biarkan seketika sehingga hampir masak, masukkan garam dan lada.

Tak perlu masak sepenuhnya, tak nak daging jadi keras. Padamkan api.

3. Dalam mangkuk yang lain, masukkan cauliflower dah siap lenyek, daging kisar separuh masak tadi, daun sup dihiris nipis, telur, bawang goreng, garam pink, serbuk blackpepper dan xanthan gum.

Gaul semua sehingga jadi adunan. Jika daging masih berketul, lenyekkan lagi guna lesung je.

4. Bentukkan jadi bulat leper, jangan besar sangat jangan kecil sangat, jika besar senang pecah. Celup dalam telur yang dikacau dan gorengkan dalam minyak, guna api kecil/perlahan.

Jangan gaul banyak kali bila goreng, biar masak 1 side baru terbalikkan. Goreng bergedil sikit-sikit jangan masukkan ke dalam kuali sekali banyak ya. Kena sabar sikit kalau buat bergedil ni.

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Noorul Izzah Marzuki via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×