Dapur

Resepi Nasi Dagang Ekspres, Tak Perlu Kukus Hanya Masak Cara Biasa!

147
SHARES
nasi dagang ekspres

Nasi Dagang merupakan hidangan tempatan yang terkenal di sekitar negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Uniknya resepi kali ini, dikongsikan oleh saudara Muhamad Muktamin Abdul Karim merupakan resepi Nasi Dagang ekspres tanpa perlu dikukus.

Hidangan ini mempunyai gabungan pelbagai lauk selain nasi dagang itu sendiri seperti ‘dikahwinkan’ bersama gulai ikan tongkol dan acar sayur. Jadi, jom cuba!

Baca juga: Resepi Sup Tulang Lembu Dengan Kuah Pekat, Kisar 2 Bahan Rahsia Ini!

LEBIH ENAK BILA KUAH GULAI DIBIARKAN SEMALAMAN SEBAGAI SARAPAN…

NASI DAGANG EKSPRES HABANG MM STAIL tak perlu kukus dan masak macam biasa je.

Kalau nak buat sarapan, seeloknya gulai ikan tongkol masak lewat malam. Biarkan semalaman. Kuah akan lagi cantik dan sedap. Pagi esoknya hangatkan saja sekejap, makan dengan nasi dagang panas-panas. Perghhh!

RESEPI NASI DAGANG EKSPRES

A. BAHAN-BAHAN NASI DAGANG:

  • 1 cawan beras Basmathi.
  • 1 cawan beras perang nasi dagang.
  • 1 cawan beras pulut.
  • Halia dihiris.
  • Bawang merah dihiris.
  • Sedikit halba.
  • Sedikit garam.
  • Santan kelapa/santan kotak secukupnya campurkan dengan air.

INFO:

1. Santan kelapa atau santan kotak, jangan pekat sangat pula.

2. Ikut jumlah cawan beras atau lebihkan sedikit.

3. Kalau nampak nasi macam kurang masak boleh je tambahkan santan kelapa.

4. Beras perang direndam dahulu beberapa jam atau semalaman. Saya guna steamed basmathi, hanya rendam dalam 10 minit cukup.

CARA-CARANYA:

1. Basuh semua beras dan masukkan semua ke dalam periuk.

2. Campurkan santan dengan air. Sukatan: Saya lebihkan. Jadinya 4 cawan santan, 3 cawan beras atau ikut kesesuaian jenis beras Basmathi pilihan.

*Saya lebihkan sedikit santan biar berminyak/berkilat sedikit nasi dagang.

*Kalau guna santan kotak boleh taruk 1 atau 2 sudu minyak masak untuk kilatkan nasi dagang nanti.

3. Masukkan hirisan bawang dan halia serta ketumbar.

Masak seperti memasak nasi biasa atas api gas atau dalam periuk nasi elektrik.

B. RESEPI GULAI IKAN TONGKOL (Ikan Tongkol Ayer Hitam)

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan tongkol, dikerat dan direbus bersama asam keping dan sedikit garam. Air rebusan jangan dibuang.
  • 1 paket kecil rempah masak cap mawar(15g).
  • 3 atau 4 sudu rempah gulai cap mawar.
  • 1 btg kayu manis.
  • 1 sdk serbuk serbuk jintan putih.
  • 1 sdk serbuk jintan manis.
  • 1 sdk serbuk ketumbar.
  • 2 inci belacan *ikut selera.
  • Cili kisar ikut tahap kepedasan masing-masing.

  • Bawang besar, halia dan bawang putih dikisar.
  • Lengkuas dihiris.
  • 1 asam keping.
  • Gula Melaka secukupnya.
  • Sedikit kerisik *saya suka lebihkan.
  • Garam secukup rasa.
  • Minyak masak.
  • Santan kelapa.
  • Cili/tomato/belimbing buluh untuk menambah warna dan selera.
  • Beberapa biji telur rebus.

CARA-CARANYA:

1. Tumis bahan kisar hingga timbul minyak.

2. Masukkan cili kisar dan biarkan hingga pecah minyak.

3. Masukkan semua rempah dan gaul rata.

4. Kemudian masukkan sedikit air rebusan ikan bersama santan. Biarkan sampai mendidih.

5. Masukkan sebahagian lagi air rebusan ikan.

6. Bila dah mendidih semula masukkan kerisik dan gula Melaka, tomato/belimbing buluh dan cili. Biarkan dengan api perlahan sehingga kuah agak pekat dan timbul minyak.

*Paling sedap biarkan gulai semalaman atau beberapa jam untuk mendapatkan kuah yang lebih sedap dan cantik.

C. RESEPI ACAR SAYUR

BAHAN-BAHAN:

  • Timun
  • Lobak
  • Nanas
  • Cili

CARA-CARA:

1. Hiris bahan-bahan di atas.

2. Gaulkan kesemuanya dengan sedikit cuka.

3. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Niatlah memasak kerana Allah ta’ala, In Sha Allah dipermudahkan, beroleh keberkatan memberi orang makan dengan ikhlas. Pahala dapat, nasi dagang pun dapat.

Sumber: Facebook Muhamad Muktamin Abdul Karim via Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×