Dapur

Resepi Sup Tulang Lembu Dengan Kuah Pekat, Kisar 2 Bahan Rahsia Ini!

139
SHARES
sup tulang lembu

Sup tulang lembu merupakan hidangan yang mengambil masa yang agak lama untuk memasaknya. Lagi lama ia didih di atas api, lagi empuk dagingnya dan kelazatan itu lebih terasa.

Sekiranya anda teringin menikmati sup tulang lembu disediakan secara ‘homemade’ yang sedap dan pekat kuahnya, apa kata anda cuba ikuti resepi yang dikongsikan oleh Puan Fazniza Ramli di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Resepi Churros Luar Rangup & Dalam Gebu, Lembut Sampai Esok!

SUP TULANG LEMBU TEKSTUR KUAH PEKAT!

sup tulang lembu

Teringin nak masak sup tulang lembu, bolehlah cuba resipi ini. Aku tunjukkan ini masak secara manual. Kalau yang ada pressure cooker tu bolehlah guna.

Baca juga: Resipi NASI BERIANI Pakistan Asli, Rasanya Jauh Beza Dengan Versi Malaysia!

Bahan-bahan 1:

  • 3 biji bawang besar
  • 8 biji bawang putih
  • Halia dalam 2 ketul
  • 1 sudu ketumbar

**bahan ini dikisar sampai halus.

Bahan-bahan 2:

  • 3 batang sadari
  • 1 batang carrot

**Ini pun dikisar sampai hancur.

Bahan-bahan 3:

  • 3 batang kayu manis
  • 4 biji bunga lawang
  • 10 biji bunga cengkih
  • 10 biji buah pelaga
  • 1 senduk serbuk sup
  • 2kg tulang
  • 5 biji kentang(dibelah 2)
  • 3 batang sadari (dihiris)
  • 3 biji bawang besar(dibelah 4)
  • Air

Baca juga: Resepi Nasi Daging Utara Gebu Berderai & Dagingnya Lembut, 17 Ribu Perkongsian!

Cara penyediaannya:

sup tulang lembu

  1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan 1 hingga bau wangi.
  2. Kemudian masukkan bahan 2 dan bahan 3 dan kacau rata sehingga sebati berbau wangi.
  3. Masukkan air dan kemudian tulang. Dah cara manual memang tunggu lama, didihkan hingga isi-isi dekat tulang tu empuk.
  4. Tak empuk lagi tambah air, tak empuk tambah lagi air dan seterusnya hinggalah isi-isi itu empukkkkk. Hmmm… dekat 1 1/2 jam jugak.
  5. Dah empuk daging baru masukkan ubi kentang, batang saderi dan bawang yang sudah dibelah. Masukkan garam dan serbuk perisa.
  6. Masa ini kita tunggu pula ubi kentang empuk dalam 10 minit.
  7. Dah masak semua bolehlah angkat. Boleh dihiaskan dengan sedikit taburan bawang goreng dan daun sup.

Baca juga: Resepi Aneka Organ Dalaman Lembu Yang Unik, Macam-Macam Ada!

Sumber: Fazniza Ramli via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

FT Image: Fazniza Ramli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×