Dapur

Cuba Koleksi Resipi Sup Macam Di Kedai Ini, ‘Auto’ Berebut Satu Keluarga Tambah Nasi!

27
SHARES
resipi sup

Dalam musim hujan yang tidak menentu ini pasti kadang-kadang kita akan ‘craving’ sesuatu yang boleh memanaskan tekak ataupun ‘refreshing’ untuk berbuka nanti. Sup adalah pilihan yang terbaik! Tambah pula banyak resipi sup yang boleh anda cuba seperti ayam, tulang dan daging.

Apa yang buatkan sup spesial ialah ia hidangan yang boleh dimakan dengan apa-apa masakan yang lain atau dapat dinikmati begitu sahaja. Yang penting adalah rasa yang ‘kick’, hinggakan boleh dihirup kuah sup itu. Jadi, kali ini ikuti perkongsian penulis mengenai resipi sup khas untuk anda cuba!

Baca juga: Buntu Apa Nak Masak Selain Ayam Dan Ikan? Cuba 5 Resipi Daging Ini, ‘Confirm’ Tak Menyesal!

5 RESIPI SUP

1. SUP SAYUR FISHBALL

resipi sup

Bahan-bahan:

  • 3 ulas bawang putih dihiris
  • 2 hirisan halia
  • 2 sudu teh lada putih
  • Beberapa titik minyak bijan
  • Sedikit kobis panjang
  • Cauliflower
  • Hirisan dari sebatang carrot
  • Satu pokok daun bawang dan daun saderi
  • Beberapa hirisan ayam atau daging
  • 1 paket fishball
  • Beberapa keping tauhu lembut dipotong empat
  • Sedikit garam

Cara penyediaan:

  1. Rebus ayam, beserta halia dan bawang putih.
  2. Masukkan lada putih dan fishball.
  3. Masukkan sayuran yang lambat empuk diikuti dengan daunan.
  4. Masukkan garam dan beberapa titik minyak bijan.
  5. Akhir sekali, sup sayur fishball anda siap apabila ia telah mendidih.

2. SUP TULANG

resipi sup

Bahan- bahan:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lada hitam
  • Kulit kayu manis
  • Cengkih
  • Bunga lawang
  • Buah pelaga
  • Tulang daging
  • Rempah sup bunjut
  • Akar daun sup
  • Garam dan serbuk secukup rasa
  • Bawang besar
  • Cili padi
  • Tomato
  • Daun sup
  • Bawang goreng

Cara penyediaan:

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam.
  2. Tumiskan kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga. Kemudian, masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi. Tumis sampai wangi.
  3. Masukkan air secukupnya. Biarkan mendidih, baru masukkan tulang (saya tak rebus asing).
  4. Masukkan rempah sup bunjut dan akar daun sup. Masak sehingga daging dan tulang empuk.
  5. Perasakan dengan garam dan serbuk secukup rasa. 
  6. Akhir sekali, masukkan bawang besar yang dipotong kasar, cili padi, tomato, daun sup dan bawang goreng.

3. SUP AYAM KAMPUNG

resipi sup

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam kampung (dibersihkan dan dipotong ikut suka)
  • 1 inci halia ditumbuk kasar
  • 3 ulas bawang merah ditumbuk kasar
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk kasar
  • 2 batang serai dititik
  • 1 sudu kecil lada hitam ditumbuk
  • 2 tangkai daun sup
  • 1 tangkai daun bawang
  • Bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis (banyak ikut suka)
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit bawang goreng

Cara penyediaan:

  1. Masukkan ayam yang telah dipotong ke dalam periuk dan rebus hingga ayam lembut.
  2. Masukkan halia, bawang merah, bawang putih, serai, buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. Kacau rata. Biarkan mendidih lebih kurang 10-15 minit.
  3. Masukkan lada hitam dan garam secukup rasa.
  4. Masukkan daun sup dan daun bawang yang telah dihiris. Biarkan mendidih sebentar dan boleh diangkat.
  5. Akhir sekali, taburkan sedikit bawang goreng semasa nak makan (lebih sedap kalau goreng buat sendiri)

4. SUP DAGING ALA THAI

resipi sup

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging bercampur tulang lembu
  • 6 biji kentang
  • 3 biji tomato
  • Jus perahan limau nipis secukupnya
  • 1 pokok daun sup
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya (air kena banyak untuk rebus tulang sampai dagingnya empuk, kena check daging untuk pastikan ia empuk atau belum. Jika tidak perlulah ditambah air dan terus rebus tulang lagi)

Bahan-bahan tumis:

  • 3 sudu besar rempah sup
  • 2 biji bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 2 batang serai dititik
  • 5 biji cili api (boleh tambah)

Cara penyediaan:

  1. Semua bawang, halia, lengkuas dikupas kulit dan dimayung halus. Kupas semua ubi kentang dan dipotong empat, tomato juga dipotong empat.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bawang tadi. Kemudian, masukkan rempah sup.
  3. Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk.
  4. Masukkan serai, cili api dan semua tulang/daging dan biarkan sampai mendidih.
  5. Masukkan jus perahan limau nipis secukupnya ikut citarasa masing-masing. (kalau suka lagi masam, lebihkan jus limau nipis)
  6. Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekali hingga daging masak serta menjadi empuk.
  7. Kemudiann barulah boleh dimasukkan semua ubi kentang. Biarkan mereka empuk dan masukkan tomato.
  8. Akhir sekali, apabila nampak buah tomato layu, boleh la tutup api dapur dan tabur daun sup yang sudah dipotong halus ke dalam sup.

5. SUP TEPUNG

resipi sup

Bahan-bahan:

  • Minyak
  • Bawang merah (ditumbuk)
  • Bawang putih – lebih sikit (ditumbuk)
  • 4 sekawan
  • Air
  • Tepung (suka banyak mana)
  • Daun sup
  • Udang kering @ bilis

Cara penyediaan:

  1. Masak sup macam biasa, tumis bahan yang ditumbuk tadi, letak 4 sekawan dan bila  dah naik bau, masukkan air.
  2. Buah doh macam biasa, tepung + air sahaja (saya guna tepung faiza, lembut adunannya)
  3. Potong-potongkan untuk senang uli, sama ada pakai gelas atau cawan. Kemudian, uli nipis-nipis guna pisau potong macam bentuk chewing gum itu. (tapi saya lebih suka pendek-pendek).  
  4. Sambil sup sedang mereneh, masukkan yang dah siap potong tepung tadi ke dalam sup. Ingat api kecil je waktu ni!
  5. Masukkan daun sup, udang kering, garam sedikit (sebab udang dah masin). Tunggu sampai mendidih dan tepung tadi dah kembang sikit, barulah matikan api.
  6. Akhir sekali, tumbuk lada hitam atau putih untuk makan bersama sup tepung.

Selamat mencuba!

Sumber: Resepi Viral

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×