Dapur

Resepi Viral Mi Sup Pedas Ala Cina, Memang Puas Hirup Kuah!

40
SHARES

Jika anda gemar menonton mukbang di platform YouTube, pasti tahu mi sup pedas yang sering dimakan oleh mereka. Lebih mengiurkan kerana cara pemakanan yang begitu bersemangat dan kelihatan begitu sedap sehingga membuatkan kita turut lapar dan teringin.

Mi sup pedas dimakan bersama telur rebus dan menggunakan mi kanji ubi. Mudah sahaja cara penyediaannya, jom kita tengok resepi yang dikongsi oleh pengguna Facebook bernama Zurina Zulkefli.

Baca juga: Resepi Unik Sagu Berinti Ayam, Kuih Tradisional Thailand

RESEPI VIRAL MI SUP PEDAS, MEMANG PUAS HIRUP KUAH

Ini lah dia bila suami terpengaruh nak makan macam mukbang Cina, nak makan mi sup pedas dengan telur rebus banyak-banyak. Disuruhnya saya yang masak, tapi dengan syarat tak boleh makan banyak sangat telur rebus.

Nak makan boleh tapi besederhana je. Bahan pun ada kat dapur, saya masak terus. Senang je nak buat rupanya. Alhamdulillah, menjadi dan siap. Nama betul masakan ni adalah Hot and Sour Glass Noodle Soup 酸辣粉, Suan La Fen.

Terdapat 4 bahagian utama yang perlu disediakan:

  • Minyak Cili
  • Air rebusan stok ayam.
  • Mi Kanji Ubi ( Sweet Potato Noodle)
  • Telur rebus

Cara penyediaan minyak cili:

Sediakan satu mangkuk kecil. Masukkan bahan-bahan berikut:

  • Satu sudu besar cili flakes
  • Dua ulas bawang putih yang dicincang halus
  • Satu sudu kecil biji bijan
  • Satu sudu besar cuka makan/cuka hitam
  • Empat sudu besar kicap cair
  • Sedikit garam
  • Kalau ada serbuk lada sinchuan lagi sedap (optional)

Gaulkan bahan-bahan tersebut. Panaskan tiga sudu besar minyak masak/minyak bungamatahari/ minyak bijan. Lansung tuang minyak panas tersebut ke atas bahan-bahan yang dikacau tadi.

Cara penyediaan mi sup pedas:

Kalau biasa buat Japchae, mesti guna mi jenis ni. Ada jual di pasaraya besar. Rebus mi ni selama 10 minit untuk dapat tekstur betul-betul lembut.

Toskan dan letak di dalam mangkuk. Tuangkan minyak cili tadi ke atas mi.

Masukkan air rebusan stok ayam ke atas mi. Saya guna kiub pati ayam je.

Masukkan telur rebus dan hirisan daun bawang.

Siap! Selamat mencuba. Sedap ni hirup kuah.

Sumber: Facebook Zurina Zulkefli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×