Dapur

Resepi Unik Sagu Berinti Ayam, Kuih Tradisional Thailand

13
SHARES

Kalau sebut sahaja makanan Thailand, pasti ramai yang mengemarinya. Terutamanya makanan tradisional mereka yang unik serta gabungan pelbagai bahan. Antara yang menjadi pilihan ramai ialah pulut mangga.

Tapi apa kata kita cuba resepi baharu iaitu sagu sai kai atau nama lainnya sagu berinti ayam. Menarik kan? Ikuti perkongsian resepi penuh di bawah daripada pemilik Facebook bernama Bibi Ongcinda. Sedap tau!

Baca juga: Resepi Premium Royal Thai Buttercake, Simple & Gebu!

RESEPI UNIK SAGU BERINTI AYAM, KUIH TRADISIONAL THAILAND

Masih setia dengan kuih tradisional Thailand. Hari ni datang tunai janji nak kongsi resepi kuih sagu berinti ayam atau sagu sai kai. Kali ni buat tiga warna.

Bahan-bahan diperlukan:

  • Biji sagu
  • Bawang putih
  • Biji lada putih
  • Akar ketumbar
  • Bawang merah
  • Ayam
  • Kacang tanah
  • Gula kabung
  • Sos ikan

Cara-cara penyediaan:

1. Rendam biji sagu lebih kurang 25-30 minit dan tapiskan. Warna asal bunga telang warna biru. Saya perah air limau nipis sikit untuk hasil warna ungu.

2. Tumbuk bawang putih, akar ketumbar dan biji lada putih.

3. Tumis bahan yang ditumbuk dan masukkan, lobak masin, bwg merah, aym, kacang tanah, gula kabung dan sos ikan. Kacau sehingga agak-agak kering.

4. Buat bulat-bulat macam ni dan letakkan dalam sagu yang dibulatkan.

5. Sedia untuk dikukus.

Tabur bawang putih goreng dan makan bersama daun salad, daun ketumbar dan cili hijau. Sedap!

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Bibi Ongcinda

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×