“Sedapnya buttercake ni, kena belajar buat sendiri!”
Kek butter merupakan salah satu kek kegemaran ramai dan sesuai dinikmati bersama teh panas sambil menghirup angin petang di rumah.
Mudah sahaja sebenarnya nak buat kek butter ni. Bahan-bahan pun senang. Kalau nak beli mahalkan? Apa kata buat sendiri sahaja di rumah. Ikuti perkongsian resepi di bawah.
Baca juga: Cara Buat Stok Kicap Soya ‘Multipurpose’, Boleh Masak Pelbagai Menu
RESEPI PREMIUM ROYAL THAI BUTTERCAKE, SIMPLE & GEBU
Premium Royal Thai Buttercake. Sementara nak siapkan bahan-bahan kek, panaskan oven terlebih dahulu, suhu 160 selama 10 minit.
Bahan A :
- 200 gram tepung naik sendiri
- 1 tsp baking powder
- Campurkan tepung naik sendiri bersama baking powder
Bahan B :
- 80 gram susu full cream / fresh milk
- 1 tsp esen creamy vanilla
- Campurkan susu fresh milk bersama esen creamy vanilla
Bahan C:
- Telur gred B, 4 biji
- Pukul macam nak buat telur dadar,kemudian timbang untuk dapatkan 181 gram telur sahaja
Bahan D:
- 150 gram pure butter
- 70 gram gula halus
- 70 gram gula icing
- 12 gram ovalette (saya guna ovalette special)
Bahan E :
- 1/2 tsp pewarna lemon yellow
- Guna loyang saiz 7
Cara-caranya :
– Mix bahan D menggunakan speed paling tinggi
– Bila bahan D dah kembang & berwarna putih masukkan bahan C sikit demi sedikit sampai habis, mix menggunakan speed paling tinggi
– Kemudian,tukar guna speed rendah, masukkan bahan A, berselang seli dengan bahan B (tepung-susu-tepung, mulakan dengan tepung, habiskan dengan tepung). Mix sekejap dengan speed sederhana
– Masukkan bahan E (optional) , mix sekejap sehingga sebati. Tuang adunan ke dalam loyang 7 inci
– Lorekkan adunan, guna lidi atau chopsticks, dan hentak loyang dua tiga kali untuk keluarkan bubbles dari adunan kek.
– Seterusnya sediakan tray atau loyang, kemudian lapik tisu, basahkan dengan air,kalau tak ada tisu boleh gunakan kain tuala.
-Letak loyang adunan kek atas tray yang dilapik tisu basah & bakar kek pada suhu 160, selama 1 jam 15 minit atau ikut oven masing-masing. Letak pada rak bawah sekali
– Bila nampak kek dah renggang sikit dari loyang, tandanya kek dah masak, tak perlu cucuk kek dgn lidi sbb kita nak permukaan yang licin & cantik, nnt kalau cucuk berlubang pula kek kita
-Bila kek dah masak, terus keluarkan dari loyang & pindahkan ke atas papan kek
Sumber: Facebook Ummu Yusuf