Dapur

Cara Buat Stok Kicap Soya ‘Multipurpose’, Boleh Masak Pelbagai Menu

62
SHARES

Sebut sahaja tentang kicap soya, pasti semua mengemarinya. Terutama anak kecil yang tidak gemar lauk kampung dan hanya memilih kicap dipadankan dengan nasi. Sebenarnya, kicap soya ni boleh buat sendiri dan digunakan dalam pelbagai jenis menu masakan seperti char kuey teow, ikan steam dan lain-lain. Haa nak cuba? Jom tengok resepi rahsia ni.

Baca juga: Resepi Sambal Pucuk Ubi Goreng Viral, Juadah Warisan Negeri Sembilan

CARA BUAT STOK KICAP SOYA ‘MULTIPURPOSE’

Multi purpose soy sauce stock: boleh digunakan untuk pelbagai jenis masakan bergoreng, grilled, steam dan sup. Contoh seperti japche, cha kuey tiaw, saute vegi, steam fish/ steam tofu dan lain-lain.

Boleh dijadikan bahan perapan seafood, ayam, dan daging juga pencicah cuma perlu tambah bahan-bahan pilihan yang anda sukai. Jika mahu lagi pedas dan sedikit masam tambahkan cuka/ limau dan potongan cili. Boleh diperisakan dengan minyak bijan, fish sauce juga, oyster sauce dan peanut butter serta lain-lain.

Penggunaanya sangat meluas dan boleh disimpan lama. Lebih kurang sebulan di dalam chiller dan boleh dibekukan di dalam freezer utk jangka masa yg lebih lama.

Bahan-bahan utama:

  • Nisbah 3:2:1 = air: kicap cair: gula
  • Nisbah 1:1 = ikan bilis : udang kering

*Menggunakan bekas sukatan yg sama

Bahan lain agak-agak ikut kemurahan hati dan budget dan yang bertanda * adalah option:

  • Leek
  • bawang Holland masukan dengan kulit,
  • sedikit halia*,
  • dried shiitake mushrooms ,
  • cili kering atau bijinya*,
  • radish*
  • english celery *,
  • kelp*

Masak semua bahan dengan api besar dan sebaik sahaja mendidih perlahankan api dan biarkan mereneh dengan api perlahan selama 2 jam. Matikan api dan biarkan sejuk untuk ditapis dan disimpan.

Sedia untuk digunakan dalam masakan. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Myss Deen

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×