Dapur

Resepi Sambal Pucuk Ubi Goreng Viral, Juadah Warisan Negeri Sembilan

40
SHARES

Siapa suka makan pucuk ubi? Biasanya dijadikan ulam atau masak lemak. Memang sedap dipadankan pula dengan nasi panas dan sambal belacan. Betul tak?

Selain dijadikan ulam, ada satu resepi viral yang anda semua kena cuba iaitu sambal pucuk ubi goreng. Menu ini merupakan menu legend di Negeri Sembilan dan dipopularkan semula mengikut citarasa masing-masing.

Senang sahaja nak buat. Jom kita cuba resepi yang dikongsi oleh Farhadina Halim di Facebooknya.

Baca juga: Resepi Mee Kicap Viral, Sedap Bila Tumis Dalam Minyak Bawang Merah & Putih

RESEPI SAMBAL PUCUK UBI GORENG VIRAL, SEDAP!

Ibu abah bawak datang pucuk ubi dari kampung, banyak sangat. So kita decide nak buat sambal pucuk ubi goreng macam Dato Rizalman tu. Ramai dah try sambal pucuk ubi. 

Cara-cara penyediaan:

1. Pucuk ubi ambil daun sahaja dan buang tangkai. Basuh bersih-berish dan toskan sampai daun kering.

2. Tujuan nak bagi kering supaya tak meletup masa goreng dalam minyak panas. Minyak untuk goreng kena cukup dan betul-betul panas. *Pakai minyak yang sama sehingga siap masakan.

3. Goreng sehingga garing. Nak tahu garing ke tak, boleh tengok warna daun dah bertukar.

4. Kemudian, campurkan ikan bilis dengan tepung beras.

5. Bawang besar 1 atau dua labu. Dihiris halus

6. Bakar belacan. (Agak-agak sahaja) dan sediakan asam keping sekeping sahaja

7. Sediakan cili kering yang dikisar kering. Pastikan rebus dahulu cili kering dan potong halus

8. Goreng ikan bilas sehingga garing kemudian toskan

9. Tumis bawang menggunakan minyak ikan bilis tadi.

10. Masukkan cili kisar, belacan, asam keping dan masak sehingga pecah minya. Perasakan dengan gulu dan garam secukupnya.

11. Tutup api dan masukkan pucuk ubi yang dah digoreng bersama ikan bilis. Gaul hingga rata.

sambal pucuk ubi

Dah siap. Boleh makan dengan nasi putih dan kicap. Simple tapi menjilat jari!

Selamat mencuba…

Sumber: Facebook Farhadina Halim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×