Selalu kalau pergi kedai makan mee goreng memang antara menu favourite untuk order. Betul tak? Padanan cili kisar pedas dan dicampurkan dengan bahan lain membuatkan mee goreng itu lebih sedap.
Apa kata, kita cuba masak mee tetapi dengan resepi baharu iaitu mee kicap. Hanya menggunakan tiga bahan untuk sos dan menariknya, mee kicap lebih sedap kerana ditumis dalam minyak bawang dan merah. Wah, wajib try tu!
Baca juga: Resepi Bergedil Biskut, Snek Minum Petang Lain Daripada Lain!
RESEPI MEE KICAP VIRAL, SEDAP TUMIS DALAM MINYAK BAWANG
Ada peminat mee kicap tak dekat sini? Saya share resepi mee kicap dimasak dalam minyak bawang merah dan bawang putih. Sedap sangat, bertambah-tambah adik-adik saya makan.
Bahan-bahan
- 5 biji bawang merah kecil – hiris nipis
- 3 ulas bawang putih – hiris nipis
- 1 sudu teh serbuk cili
- 1 mangkuk ayam – potong dadu
- Fish cake – hiris nipis
- 300g mee kering – lebih kurang 7 keping
- 1/3 cawan minyak
- 1/2 cawan air
- Sayur kegemaran
Bahan sos (campur dalam mangkuk)
- 3 sudu besar kicap pekat manis
- 3 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar minyak bijan
Cara penyediaan:
– Sebelum mula menumis, mee kering ni kena rebus dulu. Boleh guna jenama kesukaan. Angkat dan toskan mee bila mee dah masak.
– Sekarang kita sediakan minyak bawang merah dan bawang putih. Panaskan minyak, goreng bawang merah dan bawang putih sehingga keperangan.
– Angkat bawang goreng dan toskan. Jangan tutup api, perlahankan saja.
– Dalam minyak yang sama, terus tumis serbuk cili. Kemudian masukkan isi ayam dan fish cake. Tumis sampai ayam masak.
– Masukkan sayur kegemaran. Boleh tambah kobis/lobak merah/pak choy.
– Tambah 1/2 cawan air.
– Tambah mee yang telah direbus tadi.
– Masukkan bahan sos dan masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng tadi. Gaul sebati.
Siap. Senang kan? Kalau anak-anak nak makan pun boleh, kurangkan chili flakes. Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Ana Farhana