RESEPI BERGEDIL BISKUT, SNEK MAKAN PETANG…
Bergedil merupakan antara makanan kegemaran anak-anak kerana rasanya yang tidak pedas dan dipadankan dengan inti ayam atau daging. Makan panas-panas memang sedap. Menariknya, resepi bergedil kali ini agak berlainan kerana menggunakan biskut tawar dan dicelup bersama telur untuk digoreng.
Wah, teruja kan? Wajib cuba resepi ini untuk anak-anak menikmati di hujung minggu ataupun dibawa ketika berkelah bersama sanak saudara. Confirm mereka puji!
Baca juga: Kuih Daging Goreng? Ini Resepinya Kena Cuba. Ranggup Di Luar, Lembut Di Dalam!
RESEPI BERGEDIL BISKUT, SNEK MAKAN PETANG
Resepi bergedil biskut ini dikongsi oleh pengguna Facebook dikenali sebagai Nuraisyah Abdullah dan menjadi makanan kegemaran mereka sekeluarga. Jelasnya, resepi ini juga sedap dimakan kosong tanpa sos pencicah.
Bergedil biskut. Siapa pernah makan ni? Mak saya belajar dengan arwah kakak iparnya masa muda-muda dulu.. Favourite kami dari kecil.
Inti bergedil kentang kapitkan dengan biskut hupseng celup telur dan goreng. Sedap makan macam tu sahaja. Tak payah cicah- cicah pun boleh. Siapa berminat cubalah.. InsyaAllah rasa tak menghampakan.
Bahan-bahan:
- Kentang dalam 6-7 biji
- Garam, lada sulah, cukup rasa
- Bawang besar potong dadu
- Bawang putih 2 ulas cincang halus
- Daun sup dan bawang hiris halus
- Telur sebiji
- Biskut hupseng secukupnya
- Telur untuk celup bergedil sebelum goreng
Cara-cara penyediaan:
1. Rebus kentang dan lenyekkan. Masukkan garam, lada sulah, bawang besar, bawang putih serta daun sup yang dicincang halus.
* Boleh jugak guna resepi mana-mana bergedil.. Cuma saya dah biasa buat dgn bergedil kentang. Tak pernah lagi try dgn ayam atau daging..
2. Kapitkan inti bersama biskut tawar dan celup ke dalam telur serta goreng dalam minyak yang panas.
Dah siap! Mudah kan? Nampak sedap. Selamat mencuba..
Sumber: Facebook Nuraisyah Abdullah