Dapur

Cara Buat Bebola Bergedel Ayam, Bulat-Bulat Comel Macam Ni Lebih Senang Makan

58
SHARES
CARA BUAT BERGEDIL

Cara buat bergedil sebenarnya tidak begitu mudah seperti yang disangka. Hal ini kerana ramai yang kecewa apabila bergedel mula pecah ketika digoreng.

Jadi, bagi mengelakkan anda putus asa, apa kata cuba cara buat bergedil ayam bulat-bulat seperti perkongsian di bawah. Pasti elok kejadiaanya. Jom cuba!

Baca juga: Cara Buat Kuih Ropa Inti Ikan Asli Terengganu, Makan Panas-Panas Lagi Sedap!

CARA BUAT BERGEDIL AYAM BULAT-BULAT MACAM INI

CARA BUAT BERGEDIL

Bahan-bahan:

  • 6 hingga 7 biji kentang
  • Isi ayam
  • Garam
  • Hirisan daun sup
  • Lada merah
  • Bawang merah
  • Telur
  • Bawang goreng

Cara-cara penyediaan:

1. Potong dadu kentang dan goreng sehingga masak.

2. Lenyek dan masukkan ke dalam mangkuk.

3. Kemudian, tambahkan sedikit garam, lada sulah, isi ayam kisar, hirisan daun sup, hirisan lada merah, bawang merah, sebiji telur dan bawang goreng.

4. Gaul sebati semua bahan.

5. Bulatkan seperti bebola dan simpan di dalam bekas. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 1 hingga 2 jam sebelum digoreng.

6. Setelah 2 jam, pukul 2 biji telur dan celupkan bebola bergedel tadi.

7. Goreng sehingga masak dan sedia untuk dihidangkan.

Nak makan dengan soto pun sedap, makan begitu sahaja juga boleh.

Mudah kan? Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Buat Sambal Belacan Mentah, Nak Lagi Sedap Kena Ikut Step Macam Ini!

Sumber: Facebook Port Resepi Viral & Har Reea

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×