Dapur

Cara Buat Kuih Ropa Inti Ikan Asli Terengganu, Makan Panas-Panas Lagi Sedap!

3
SHARES
KUIH ROPA

Kuih ropa merupakan hidangan asli Terengganu menggunakan isi ikan. Cara membuatnya mudah sahaja kerana tidak memerlukan bahan yang begitu banyak.

Selain menggunakan adunan kuih ketayap, kuih ropa ini juga boleh menggunakan kulit popia seperti perkongsian pengguna Facebook bernama Wan N Wan M.

Baca juga: Cara Buat Sambal Belacan Mentah, Nak Lagi Sedap Kena Ikut Step Macam Ini!

STEP-BY-STEP BUAT KUIH ROPA IKAN ASLI TERENGGANU

KUIH ROPA

Biasanya kuih ini banyak dijual di Terengganu. Saya memang suka sangat dengan karipap ikan, bom ikan dan ropa ikan. Jom cuba buat.

Bahan-bahan:

  • Ikan 5/6 ekor
  • Bawang merah kecil – 4 ulas
  • Halia – 1 inchi
  • Halba – 1 sudu kecil
  • Lada kecil – 2 biji
  • Santan – 1 kotak 200ml

Cara penyediaan:

1. Rebus ikan dengan 1 asam keping dan sedikit garam. Rebus sehingga ikan masak. Boleh guna ikan kembung, selar, selayang, sardin. Ikut selera masing-masing.

2. Sementara itu, kisar halus bawang kecil, halia dan lada kecil.

3. Bila ikan dah siap rebus, buang tulang dan ambil isi sahaja. Hancurkan guna tangan, tak perlu kisar.

4. Masukkan isi ikan ke dalam kuali dan bahan kisar sebentar tadi. Tak perlu tambah minyak.

5. Masukkan halba, santan, gula dan garam secukupnya. Masak seperti biasa. Jangan biarkan terlalu kering.

6. Biarkan sejuk dan letak 1 sudu inti di atas kulit popia.

7. Gulung seperti biasa dan goreng sehingga keperangan. Api jangan terlalu kuat agar masak sehingga kulit dalam.

Sedia untuk dihidangkan. Makan panas-panas ketika rangup memang sedap.

Selamat mencuba!

Baca juga: Panduan Tukar Sukatan Gram Ke Cawan & Mililiter, Baru Lebih Senang Nak Buat Kek/Biskut

Sumber: Facebook Wan N Wan M

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×