Dapur

3 Resipi INTI KUIH ROPA Yang Popular, Buat Semua Je Baru Banyak Pilihan!

8
SHARES
inti kuih ropa

Kuih ropa merupakan salah satu kuih tradisi masyarakat Terengganu. Ia mempunyai pelbagai jenis inti. Antara inti kuih ropa yang popular adalah ropa ikan, ropa kari daging dan ropa daging black pepper.

Justeru itu, penulis kongsikan ketiga-tiga resipi inti kuih ropa ini bersama dengan resipi kulit ropa dari Muliadi Ramli. Bolehlah anda menikmatinya semua sekali!

Baca juga: Resipi LONTONG GORENG Enak, Jom Habiskan Stok Nasi Impit Yang Banyak Di Rumah!

INTI KUIH ROPA YANG POPULAR

inti kuih ropa

Gambar: Muliadi Ramli

Kuih tradisi orang Terengganu. Kuih ropa ini ada banyak jenis, ini antara jenis inti yang popular. Ropa ikan, Ropa kari daging dan ropa daging black pepper. Boleh cuba ikut selera masing-masing.

Kulit ropa:

  • Tepung gandum 300 g
  • Telur 2 biji
  • Minyak masak 2 sb
  • Air 600 ml
  • Garam 1 sk
  • Tepung jagung 2 sb
  • Pewarna kuning 1/2 sk

Resipi kulitnya sama sahaja, untuk ketiga-tiga jenis kuih ropa:

  1. Masukkan semua bahan kulit dalam satu bekas dan kacau rata.
  2. Kisarkan semua bahan untuk kulitnya.
  3. Kemudian gunakan pan atau kuali yang tak melekat.
  4. Bentuk kulitnya seperti dalam gambar dan masukkan inti.
  5. Akhir sekali goreng gunakan sedikit minyak sahaja.

Baca juga: Cara Bakar Biskut Guna Kuali, Tak Ada Ketuhar ‘No Problem’ & Cantik Kejadiannya Tau!

ROPA INTI KARI DAGING

kuih ropa

Gambar: Muliadi Ramli

Bahan-bahan inti daging:

  • Daging lembu 250g (dicincang halus)
  • Bawang besar(dipotong dadu)
  • Bwg merah 7 biji
  • bwg putih 3 ulas
  • Rempah kari (3 sudu besar)
  • Kentang 2 biji (potong dadu)
  • Gula garam & perasa
  • Cili boh 2 sudu besar

Cara membuat:

  1. Bawang merah + putih dikisar halus.
  2. Tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
  3. Masukkan cili boh dan tumis hingga pecah minyak.
  4. Kemudian, masukkan rempah kari tumis lagi sampai pecah minyak.
  5. Masukkan daging yang dicincang masak sampai empuk.
  6. Masukkan kentang, gaul sebati dengan kentang dan masak hingga hampir kering.
  7. Masukkan bawang besar, garam gula perasa.
  8. Ketepikan inti.

Baca juga: Koleksi 6 Jenis Resipi Paprik Sedap & Mudah, Macam-Macam Ada!

ROPA INTI DAGING BLACK PEPPER (LADA HITAM)

kuih ropa

Gambar: Muliadi Ramli

Bahan-bahan inti daging:

  • Daging lembu 200g (dicincang halus)
  • Bawang holland 1/2 biji (dipotong dadu)
  • Bawang merah 2 biji
  • Bawang putih 6 ulas
  • Lada hitam (3 sudu besar ditumbuk kasar)
  • Cili api merah dan hijau 5 biji
  • Kentang 1 biji (potong dadu)
  • Halia 1 inci
  • Kicap manis 3 sudu besar
  • Sos tiram 2 sudu besar
  • Gula garam & perasa
  • Sos lada hitam

Cara membuat:

  1. Bawang merah + putih + halia ditumbuk halus.
  2. Tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau.
  3. Masukkan lada hitam dan tumis hingga naik bau.
  4. Masukkan sos tiram dan tumis lagi.
  5. Masukkan daging yang dicincang masak sampai empuk.
  6. Masukkan kicap manis, sos lada hitam.
  7. Masukkan kentang, gaul sebati dengan kentang dan masak hingga hampir kering.
  8. Masukkan bawang besar, cili padi, garam gula perasa.
  9. Ketepikan inti.

Baca juga: Mudahnya Buat JERUK MAMAN, Menu Ringkas Popular Orang Lama & Anda Kena Rasa!

RESIPI ROPA INTI IKAN

inti kuih ropa

Gambar: Muliadi Ramli

Bahan-bahan inti ikan:

  • Ikan selayang 5 ekor (direbus bersama asam keping dan garam, diambil isi dan ditumbuk lumat)
  • Bawang merah 5 biji (dimayang nipis)
  • Bawang putih 1 ulas (dihiris nipis)
  • Halia 1 inci (dihiris nipis)
  • Halba 1 sb
  • Santan 1 kotak kecil
  • Gula garam & perasa secukup rasa
  1. Semua bahan dimasak sekali hingga kering atau lembap lembap, ikut suka masing-masing.
  2. Ketepikan.

Selamat mencuba!

Baca juga: Panduan Set Suhu & Masa Air Fryer Pelbagai Jenis Masakan, Tak Perlu Kerap Tengok Banyak Kali!

Sumber: Muliadi Ramli

FT Image: Muliadi Ramli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×