Dapur

Resipi LONTONG GORENG Enak, Jom Habiskan Stok Nasi Impit Yang Banyak Di Rumah!

2
SHARES
resepi lontong goreng

Ikut sahaja resepi lontong goreng perkongsian Nurul Ateekah ini, pastinya menjadi! Sewaktu musim raya, pastinya ada banyak stok nasi impit di rumah. Jadi, gunakan sahaja bahan tersebut untuk menghasilkan menu istimewa tersebut.

Dari biarkan sahaja nasi impit tidak digunakan, baik anda masakkan hidangan ini. Bolehlah nikmati lontong goreng bersama seisi keluarga, terutama bersarapan pagi atau makan tengah hari.

Baca juga: Cara Bakar Biskut Guna Kuali, Tak Ada Ketuhar ‘No Problem’ & Cantik Kejadiannya Tau!

RESEPI LONTONG GORENG / NASI IMPIT GORENG

resepi lontong goreng

Gambar: Nurul Ateekah

Apakah perkara terbaik yang dapat anda hasilkan daripada lontong? Salah satu resipi yang terbaik adalah lontong goreng.

Hidangan ini sangat istimewa kerana pada kebiasaannya hanya akan dimasak semasa Hari Raya. Lontong adalah hidangan serba boleh kerana ia boleh dihidangkan mengikut cita rasa anda.

Contohnya, penambahan sayur-sayuran seperti taugeh, sawi hijau atau kobis. Anda juga boleh memilih sama ada udang, daging cincang atau ayam dalam masakan anda.

Boleh juga disesuaikan dengan sos dan sambal untuk perasakan lontong goreng dengan cara yang anda suka. Lontong goreng juga sesuai dijadikan sarapan atau makan tengah hari.

Baca juga: Koleksi 6 Jenis Resipi Paprik Sedap & Mudah, Macam-Macam Ada!

Bahan-bahan:

resepi lontong goreng

Gambar: Nurul Ateekah

  • Lontong 900gram (dipotong dadu besar)
  • Udang sedarhana (200- 300gram
  • Isi dada ayam (direbus & dicarik )
  • Sos cili 2 sudu besar
  • Sos tomato 2 sudu besar
  • Sos ikan 2 sudu besar
  • Kicap manis 3-4 sudu besar
  • Kucai (agak-agak)
  • Kubis dihiris nipis (jika mahu)
  • Telur 4 biji
  • Gula 1-2 sudu besar
  • Garam (jika perlu)
  • Serbuk perasa (jika perlu)
  • Daun sup (bahan hiasan )
  • Cili merah (bahan hiasan)
  • Daun bawang (bahan hiasan)

Bahan kisar:

  • Cili kering 10-15 batang
  • Bawang besar ½-1biji
  • Bawang putih 5 ulas
  • Udang kering 2-3 sudu besar

Baca juga: Panduan Set Suhu & Masa Air Fryer Pelbagai Jenis Masakan, Tak Perlu Kerap Tengok Banyak Kali!

Cara memasak:

resepi lontong simple

Gambar: Nurul Ateekah

  1. ​Panaskan minyak secukupnya, masukkan bahan yang telah dikisar tadi dan masak sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan udang dan masakkan ia seketika.
  3. ​Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, sos ikan, kicap, gula, garam dan serbuk perasa (jika perlu) serta gaulkan.
  4. ​Masukkan lontong, kucai, kubis, isi ayam dan telur, sebatikan mereka.
  5. ​Kemudian taburkan cili merah, daun bawang dan daun sup.
  6. ​Angkat dan siap untuk dihidang.

Baca juga: Mudahnya Buat JERUK MAMAN, Menu Ringkas Popular Orang Lama & Anda Kena Rasa!

Sumber: Nurul Ateekah

FT Image: Nurul Ateekah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×