Dapur

Koleksi 6 Jenis Resipi Paprik Sedap & Mudah, Macam-Macam Ada!

20
SHARES
resepi paprik

Paprik adalah salah satu lauk yang mudah untuk disediakan, biarpun bahan-bahannya banyak. Kalau nak tahu sos ikan, sos tiram dan daun limau purut merupakan bahan penting dalam masakan ini sebagai penambah rasa ‘kick’ dalam hidangan. Justeru itu, penulis bawakan 6 koleksi resepi paprik yang pelbagai dan mudah untuk anda sajikan di rumah.

Jom cuba!

Baca juga: Mudahnya Buat JERUK MAMAN, Menu Ringkas Popular Orang Lama & Anda Kena Rasa!

RESEPI PAPRIK MUDAH

1. Paprik ayam

resepi paprik

Bahan-bahan & cara penyediaan:

  • 3-4 ekor sotong – bersihkan dan potong
  • 3 ulas bawang putih – diketuk
  • 1 labu bawang besar – dihiris kasar
  • 2 btg serai – dihiris kasar
  • 2 helai daun limau purut
  • 5 biji cili padi – diketuk
  • 1 biji cili merah – hiris menyerong
  • Sedikit bunga kobis, kacang buncis dan carrot
  • Sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan sos ikan – sukatan agak-agak
  • Garam sekiranya perlu
  • Sedikit minyak untuk menumis
  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi ketuk, kacau sekejap.
  2. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan dan sotong, sedikit air dan biarkan mendidih sekejap.
  3. Masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran hingga mendidih.
  4. Masukkan bawang besar dan cili merah.
  5. Rasa dan sekiranya perlu, tambahkan sedikit garam.
  6. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan panas-panas.

Kredit: Resepi Ummi

2. Paprik ayam

resepi paprik

Bahan-bahan paprik ayam:

  • Ayam potong dadu (rebus sekjap & air rebusan jangan buang untuk buat kuah)
  • Bawang merah (1 biji & hiris)
  • Bawang putih ( 5@6 ulas hiris)
  • Cili kisar(bergantung nak pedas banyak mana)
  • Sos cili (tak kisah brand)
  • Sos tiram
  • Secukup rasa

Bahan-bahan sayur:

  • Carrot (1 batang & potong panjang)
  • Bunga kobis
  • Kacang panjang (potong pnjang)
  • Cabai burung belah tengah (ikut nak letak banyak mana)
  • Bawang merah potong bulat
  • Serai (3 batang & ketuk )
  • Daun limau purut (2@3 helai)
  1. Tumis bawang hiris sampai wangi, dah wangi masukkan cili kisar tadi dan biar cili masak sampai pecah minyak.
  2. Bila cili dah pecah minyak masukkn sos cili & sos tiram (agak-agak nak letak banyak mana) dan kacau bagi rata.
  3. Masukkan secukup rasa siap & biar menggelegak dulu, dah menggelegak letak air rebusan tadi (ikut nak kuah banyak mana).
  4. Kacau semua bahan tadi biar sekejap dan kemudian baru masukkan semua sayur kecuali bawang merah potong, daun limau purut & cabai burung.
  5. Dah masukkan semua sayur kacau lagi, masukkan ayam pula & biar semua bahan bersatu dalam kuali biar semua menggelegak.
  6. Rasa apa yang kurang.
  7. Dah empuk carrot, masukkan bawang merah potong daun limau purut & cabai burung dibiar dalam 4/5 minit boleh tutup api.

Kredit: Amna Safia

Baca juga: 11 Aneka Resipi Telur Istimewa Bulan Ramadan, Mudah Masak Waktu Sahur & Tak Renyah!

3. Paprik Campur

resepi paprik campur

Bahan-bahan & cara penyediaan:

  • Ayam / udang / sotong / semuanya – dipotong ikut saiz yang anda suka
  • Bawang putih 1 ulas
  • Bawang merah 4 ulas
  • Bawang besar 1 labu
  • 2 sudu besar cili boh / cili kering dikisar
  • Sedikit halia
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 batang serai
  • 2 biji tomato
  • 4 -5 batang kacang buncis / kacang panjang – potong ikut suka anda
  • Cauliflower aka bunga kobis (potong keci)
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Garam
  1. Kisar bawang merah, bawang putih, dan halia.
  2. Tumis kesemua bahan-bahan kisar tadi sehingga kekuningan.
  3. Masukkan cili kering dikisar dan serai diketuk, biar masak hingga pecah minyak.
  4. Masukkan pula ketiga-tiga jenis sos tadi agak-agak saja sukatannya.
  5. Masukkan garam dan daun limau purut.
  6. Kemudian masukkan segala jenis lauk-lauk yang ada.
  7. Tunggu sekejap sebelum sayur-sayur pula dimasukkan.
  8. Kemudian masukkan bawang besar dihiris dan kacau sedikit, rasa dan angkat.

Tips: Pastikan rasa daun limau purut ada, kalau tak kurang sedap.

Kredit: canteq.blogspot

4. Paprik daging

resepi paprik daging

Bahan-bahan & cara penyediaan:

  • 400gram daging batang pinang@ daging boneless
  • 1/3 biji carrot ( potong anak mancis)
  • Seikat kecil kacang panjang/buncis ( dipatahkan beberapa bahagian)
  • 1/4 bij bawang besar ( dihiris kasar)
  • 1/4 biji bunga kobis saiz sederhana ( potong kecil)
  • 2 helai daun limau purut ( dicarik kasar)
  • 4 batang putik jagung
  • 1 ulas bawang putih ( diketuk dan dihiris halus)
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu kecil kicap manis
  • Garam
  • Suku cawan air
  1. Potong nipis daging dan rebus hingga empuk, ketepikan.
  2. Kemudian panaskan 2 sudu minyak masak dan tumis bawang putih dan cili kisar hingga naik bau.
  3. Setelah itu, masukkan, sos cili, sos tiram, suku cawan air dan daun limau purut.
  4. Selepas itu, masukkan carrot dan biarkan sebentar.
  5. Setelah carrot agak layu baru masukkan kacang panjang, bunga kobis, putik jagung dan daging, kacau sebati.
  6. Akhir sekali masukan bawang besar, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam.
  7. Bila sayur agak layu, angkat dan hidangkan panas-panas.

Kredit: Resepi Ummi
Sedutan dari: Resepi Ala Carte

Baca juga: 10 Resipi Rendang Pelbagai Aneka Yang Boleh Cuba Masa Raya Nanti, Baru Meriah Atas Meja!

5. Paprik udang

resepi paprik udang

Bahan-bahan & cara penyediaan:

  • 1 mangkuk udang (buang kulit)
  • 2 barang serai (diketuk)*
  • 3 helai daun limau purut*
  • 4 biji cili padi hijau (belah 2 )*
  • 1 biji bawang besar (dimayang)*
  • 3 ulas bawang putih (dimayang)*
  • 2 cm halia (dihiris nipis)*
  • 2 cm lengkuas (dihiris nipis)*
  • 4 biji tomato ceri*
  • Carrot
  • Jagung muda
  • Sos cili secukup rasa
  • Sos tomato secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  1. Panaskan setengah cawan minyak masak.
  2. Tumiskan semua bahan bertanda * sehingga naik bau/bawang layu.
  3. Masukkan udang dan kacau rata.
  4. Bila udang separa masak, masukkan carrot, jagung muda, sos cili, sos tomato dan garam secukup rasa.
  5. Kacau rata sehingga udang masak.

6. Ayam paprik

resepi ayam paprik

Bahan-bahan & cara penyediaan:

  • 2 ketul isi ayam bahagian dada – dipotong kecil
  • 4 Ulas bawang merah – dihiris halus
  • 4 ulas bawang putih – dihiris halus
  • 1 batang serai – dititik
  • 1 senduk cili kering yg telah dikisar dengan bawang
  • 1/2 biji Lobak merah yang dipotong memanjang
  • 4 batang Kacang panjang dipotong dalam 2 inci
  • 2 biji tomato dibelah empat
  • Bunga kobis dipotong kecil
  • 6 biji cili padi yang dibelah dua
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar cili sos
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar garam
  • 1 labu bawang besar yang dipotong bulat
  • 1 batang cili besar dipotong bulat
  1. Panaskan minyak. Masukkan bawang merah, bawang putih dan serai.
  2. Biarkan sampai bawang kekuningan.
  3. Masukkan cili kisar. Masukkan cili api. Kacau sampai cili itu masak.
  4. Masukkan isi ayam dan biarkan sampai ayam agak masak.
  5. Masukkan sos tiram, cili sos, gula dan garam – ikut rasa ye.
  6. Masukkan lobak merah dan bunga kobis. kemudian barulah dimasukkan kacang panjang.
  7. Kacau sampai masak sebelum dimasukkan daun limau purut, hirisan bawang besar dan cili
    besar tadi.
  8. Angkat dan hidangkan.

Baca juga: 7 Jenis Kuih ‘Legend’ Warna Hijau Bersama Resipi, Ada Tak Yang Anda Kenal?

Sumber: Sri Sal

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×