Dapur

Resipi PATI SIRAP Campur Rempah Cara Orang Dulu, Rasa & Aroma Bukan Main Sedap Lagi!

14
SHARES
pati sirap

Siapa sangka, pati sirap boleh dicampurkan dengan rempah-ratus sehingga membangkitkan aroma dan rasa air sirap yang sedap! Khabarnya, ia merupakan cara orang dulu menghasilkan pati sirap, terutamanya di Negeri Pulau Pinang.

Tak rugi pun kalau anda cuba. Jom ikuti resipi pati sirap yang dikongsikan Azizah Zainudin selepas mempelajari resipi tersebut dari seorang wanita yang digelar Mak Su

Baca juga: Resipi Biskut Kacang Mazola Mudah, Nak Rangup Kena Letak Garam Dalam Adunan!

PATI SIRAP

pati sirap

Gambar: Azizah Zainudin

Air Sirap Mak Su

Satu lagi resipi yang saya pelajari ketika berada di kampung Pulau Pinang. Kali ini, belajar dengan mak su.

Air sirap ini adalah air wajib ada dalam peti ais. Kalau sampai di kampung, air inilah yang akan dicari terlebih dahulu. Air sirap ini tidak pernah berubah rasa sejak pertama kali saya minum pada tahun 2006 hingga kini.

Air sirap je pun! Sirap bukan sebarang sirap tau, rasanya bukan main sedap lagi. Boleh terbawa-bawa sampai mimpi hihihi.

Baca juga: Cara Mudah Buat KERISIK KELAPA Tahan Lama, ‘Stand-by’ Untuk Masak Raya!

Baca juga: Resepi KUIH LIMAS Asli Perak Yang Seakan Tepung Pelita, Beza Terletak Pada Tepungnya!

Bahan-bahannya seperti berikut:

pati sirap

Gambar: Azizah Zainudin

  • 1 kg gula pasir
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar buah pelaga
  • 2 helai daun pandan
  • 2 sudu sirap
  • Air secukupnya

Baca juga: ‘Trick’ Mee Goreng Basah Kekal Lembap, Tak Kembang & Berkuah Likat Sampai Esok!

  1. Semua bahan tersebut disatukan dan dididihkan sehingga pekat mengikut cita rasa masing-masing. Lagi lama dimasak, lebih bagus.
  2. Campuran jintan manis dan buah pelaga akan membangkitkan aroma dan rasa air sirap yang sedap.
  3. Ditambah pula dengan wangian daun pandan.
  4. Selepas siap dimasak, biarkan sejuk kemudian ditapis dan disimpan.
  5. Apabila hendak minum, ambil dan bancuh dengan air.

Selamat mencuba! Semoga manfaat resepi ini akan mengalirkan pahala berterusan buat mak su.

Baca juga: Rendang Maman Daging Berapi & Tips Elak Kuah Pahit, ‘Speciality’ Orang Negeri Sembilan!

Sumber: Azizah Zainudin

FT Image: Azizah Zainudin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×