Dapur

Resipi Biskut Kacang Mazola Mudah, Nak Rangup Kena Letak Garam Dalam Adunan!

38
SHARES
biskut kacang mazola

Biskut kacang mazola atau biskut kacang tanah merupakan antara menu Hari Raya yang klasik. Teksturnya yang rangup dan sedap berlemak menjadikan ia disukai ramai.

Sebagaimana perkongsian resipi biskut kacang mazola Ain Amir ini, kalau nak dapatkan tekstur yang rangup anda perlu letak sedikit garam di dalam adunan. Oleh itu, nak tahu cara membuat biskut kacang mazola dengan lebih terperinci, penerangannya ada di bawah!

Baca juga: 7 Jenis Kuih ‘Legend’ Warna Hijau Bersama Resipi, Ada Tak Yang Anda Kenal?

BISKUT KACANG MAZOLA RANGUP

biskut kacang mazola

Gambar: Ain Amir

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum 1.5kg
  • Kacang tanah 2kg (disangai & kisar halus, lebih banyak lagi sedap)
  • Gula halus 5 1/2 cawan
  • Minyak masak cap Knife
  • Baking powder
  • Telur dan pewarna kuning (untuk hiasan atas biskut)

Baca juga: Rendang Maman Daging Berapi & Tips Elak Kuah Pahit, ‘Speciality’ Orang Negeri Sembilan!

Baca juga: Resipi Semperit Susu 3 Bahan, Senang Saja Nak Buat Hanya Bakar Atas Dapur Gas!

Cara membuat:

biskut kacang mazola

Gambar: Ain Amir

  1. Campur semua bahan kecuali minyak masak.
  2. Bila semua dah sebati tuangkan minyak masak sedikit demi sedikit, minyak ini agak-agak boleh jadi doh.
  3. Siap boleh cetak, saya guna acuan penutup botol cola sahaja.
  4. Hiasan pula, pecahkan dua biji telur dan letakkan sedikit pewarna kuning untuk mencantikkan biskut mazola (nak letak hirisan kacang pun boleh, saya saja tak letak).
  5. Bakar suhu 195 selama 15 minit ikut oven (ketuhar) masing-masing.

Tips untuk dapatkan biskut mazola yang rangup dan sedap, tambahkan sedikit garam dalam adunan tadi.

Kredit: Ain Amir

Baca juga: Edisi Khas Raya Resipi Kuih Tiram & Tips Buat Bunganya Kembang Elok!

Sumber: Lisa Aisha

FT Image: Ain Amir

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×